Bahasa: Lain-lain

PRESTIGE

Program Peningkatan Industri Strategik dan Industri PKS Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) menyasarkan pembangunan PKS dalam sektor strategik seperti Peranti Perubatan, Bioteknologi, Aeroangkasa, Rel selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030).

 

Program PRESTIGE berhasrat mewujudkan PKS berdaya saing global melalui dua (2) matlamat strategik, iaitu:

  • Memperluas jumlah PKS pertumbuhan tinggi dan inovatif yang dapat menghasilkan sumbangan signifikan kepada ekonomi dan pekerjaan; dan
  • Meningkatkan produktiviti PKS dalam sektor strategik bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.

 

Program PRESTIGE akan mewujudkan syarikat PKS tempatan bertaraf global melalui aktiviti pembangunan kapasiti dan bantuan kewangan dalam meningkatkan keupayaan PKS terpilih melalui pendekatan berikut:

  • Adaptasi Teknologi
    • Meningkatkan keupayaan teknologi PKS yang terlibat melalui penerapan aktiviti berkaitan IR4.0 dalam meningkatkan keupayaan dan kecekapan pengeluaran;
  • Transformasi Organisasi
    • Membangunkan pelan tindakan untuk PKS menangani jurang yang dikenal pasti dan menyokong perubahan dalam proses peniagaan menerusi dasar yang ditambah baik, prosedur dan proses berdasarkan keperluan industri tertentu; dan
  • Strategi Pemasaran
    • Pembangunan aktiviti pemasaran dan strategi untuk mengembangkan pasaran PKS sehingga ke peringkat global.

 

Skop Bantuan
Geran padanan dengan maksimum RM500,000 untuk setiap PKS terpilih bagi tujuan:

  • Peningkatan Produk dan Proses
  • Prototaip dan pembangunan produk
  • Pengujian dan pengesahan produk
  • Pematuhan dan perakuan peraturan
  • Sistem Pengurusan Kualiti dan Manufacturing/ Enterprise Resource Planning (MRP/ERP)
  • Aktiviti pemasaran dan promosi

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI