Bahasa: Lain-lain

Mengenai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. 
 

 

SME Corp. Malaysia bermula pada 2 Mei 1996, apabila sebuah agensi khusus telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan sokongan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses pasaran dan pelbagai program sokongan yang lain. Dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), matlamatnya adalah bagi membangunkan IKS Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global.

 

Pada tahun 2004, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah ditubuhkan bagi memastikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia secara menyeluruh dan terselaras. Sebagai badan pembuat dasar tertinggi bagi keseluruhan pembangunan PKS, peranannya adalah untuk menggubal strategi bagi pembangunan PKS merentasi kesemua sektor ekonomi; menyelaras program PKS yang dilaksanakan oleh Kementerian dan agensi berkaitan; menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta; dan memastikan keberkesanan pelaksanaan keseluruhan program PKS di negara ini. Inisiatif di bawah MPPK termasuk meningkatkan akses kepada pembiayaan; penyusunan semula kewangan; penyelarasan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan pemasaran; dan pangkalan data PKS yang menyeluruh bagi memantau kemajuan PKS merentasi kesemua sektor ekonomi.

 

Pada tahun 2007, MPPK telah memutuskan untuk membentuk sebuah agensi yang khusus bagi menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS dan memacu program PKS merentasi Kementerian dan agensi. SMIDEC telah ditugaskan untuk memikul peranan ini dan ia telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009. Sementara itu, dengan lebih penekanan kini diberikan terhadap pembangunan keusahawanan, MPPK telah dijenamakan semula sebagai Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK) pada 8 April 2019.

 

SME Corp. Malaysia telah diwartakan sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada November 2018; yang kini telah dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Kini, SME Corp. Malaysia bersedia untuk merealisasikan visinya sebagai organisasi unggul negara ini yang menerajui pembangunan PKS yang progresif bagi meningkatkan penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan sosial negara. Dalam memenuhi misinya untuk menggalakkan pembangunan PKS yang berinovasi, berdaya tahan dan berdaya saing menerusi penyelarasan dan penyediaan khidmat sokongan perniagaan yang berkesan, SME Corp. Malaysia gigih berusaha untuk memperkasakan kelompok penting PKS dengan proses yang cekap, model perniagaan yang kental, akses kepada sumber kewangan, perkongsian pintar, strategi kemasukan pasaran dan penyelesaian pertumbuhan yang mampan, menerusi pelbagai platform dan program untuk pembangunan PKS dan usahawan.

 

SME Corp. Malaysia berfungsi sebagai pusat rujukan bagi maklumat dan khidmat nasihat untuk PKS di seluruh negara. SME Corp. Malaysia menyediakan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan perniagaan kepada PKS dan usahawan menerusi Hab PKS yang terletak di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, dan 12 Pejabat Negeri di seluruh negara.  

 

Di samping itu, SME Corp. Malaysia turut melaksanakan pelbagai program dan inisiatif di bawah naungannya, termasuk program teras tahunannya: seperti Pameran Tahunan PKS (SMIDEX), Anugerah Enterpris 50 (E50) dan Minggu Keusahawanan dan PKS.

 

Sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) bagi pembangunan PKS secara keseluruhan di Malaysia, SME Corp. Malaysia menyelaras, memperkemas, memantau dan menilai kemajuan dan keberkesanan program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 13 kementerian, 5 agensi tunggal, 45 agensi dan 10 agensi kerajaan negeri. Maklumat yang dikumpulkan daripada Kementerian dan agensi yang berkaitan diterbitkan secara tahunan dalam bentuk laporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA).

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI