MEMANTAU, MENILAI & MENYELARAS PERTUMBUHAN PKS DI MALAYSIA
Pada tahun 2009, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) telah dilantik sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) untuk keseluruhan pembangunan PKS di Malaysia. Sebagai agensi penyelaras pusat, SME Corp. Malaysia telah ditugaskan untuk menambahbaik dan memperkemaskan penyelarasan serta pengumpulan data untuk program-program pembangunan PKS.
Bertindak di atas kapasiti ini, SME Corp. Malaysia menyelaras, menyusun, memantau dan menilai kemajuan serta keberkesanan program-program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 17 Kementerian dan lebih daripada 60 agensi (M&A) setiap tahun. Maklumat yang diperolehi daripada Kementerian dan agensi tersebut telah diterbitkan sebagai Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) secara tahunan. Laporan ini pertama kali diterbitkan sebagai Rangka Tindakan Pembangunan PKS (2006-2008) sebelum SME Corp. Malaysia diberi mandat sebagai agensi Penyelaras Pusat.
Pada dasarnya, SMEIPA telah dibentuk untuk berfungsi sebagai sebuah dokumen yang bersepadu dan komprehensif untuk Kementerian dan agensi mendapatkan maklumat bagi:
- Memacu penambahbaikan dan keberkesanan
- Mengoptimumkan peruntukan dana
- Meningkatkan kerjasama dan mengurangkan pertindihan
- Merangka strategi untuk perancangan dasar
- Melakar program pembangunan masa hadapan
- Memacu sinergi yang lebih mantap di kalangan Kementerian dan agensi
- Mengenalpasti dan mengurangkan pertindihan sumber
Jawatankuasa strategik utama telah dibentuk bagi mengumpul ilmu pengetahuan, kemahiran dan bakat daripada pakar strategi yang berpengalaman dan berpangkat tinggi untuk memacu pertumbuhan PKS di Malaysia.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini mengikut keutamaan adalah:
- Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)
- Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi Pembangunan PKS (HLTF)