Bahasa: Lain-lain

Pembiayaan Pengukuhan PKS (SMERF)

Objektif
  • Menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh bagi PKS berdaya maju yang menghadapi kekangan kewangan serta PKS dari sektor terpinggir;
  • Meningkatkan kecairan aliran tunai PKS yang berdaya maju bagi membantu PKS mencapai matlamat perniagaan melalui pengukuhan teras utama perniagaan, meningkatkan kapasiti dan kebolehan pasaran, meningkatkan tahap produktiviti serta mengwujudkan peluang pekerjaan baharu;
  • Menyediakan akses pembiayaan kepada PKS dengan syarat pembiayaan yang minima;
  • Pembiayaan kepada PKS baharu dan yang berdaya maju;
  • Mewujudkan perniagaan yang kompetitif melalui peningkatan tahap boleh pasaran produk, pengembangan pasaran serta adaptasi teknologi dan modenisasi.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

Kelayakan:

Syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan:

  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti saham dipegang oleh rakyat Malaysia
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah. Walaubagaimanapun, pengecualian boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian serta tertakluk kepada kelulusan.
  • Mempunyai rancangan perniagaan yang berdaya maju
  • Perniagaan yang telah beroperasi lebih dari 6 bulan.
  • PKS seperti yang dijelaskan dan disokong oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), seperti juga telah dipinda dari semasa ke semasa, yang merangkumi semua entiti perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa, pegawai daerah (Sabah atau Sarawak) atau badan berkanun bagi badan penyedia perkhidmatan profesional

Nota: Status PMKS bukan satu prasyarat untuk memohon, MIDF akan menyalurkan maklumat permohonan yang diluluskan kepada SME Corp. Malaysia untuk pendaftaran status PMKS.

 

Sektor:

  • Semua sektor ekonomi

 

Jumlah Pembiayaan:

  • Minimum: RM50,000
  • Maksima: RM250,000.00

Catatan: Bagi setiap permohonan

 

Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:

  • Pembiayaan Aset 

- Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Perniaagan Komersial

- Perkakasan/ Perisian ICT

  • Modal Kerja

Nota: Skim ini tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan yang sedia ada


Peratusan Pembiayaan:

  • Sehingga 90% daripada jumlah kos berdasarkan perbelanjaan yang layak

 

Tempoh Bayaran Balik:

  • Sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium dan tempoh tangguh

Nota: Tempoh moratorium dan/atau tempoh tangguh adalah pilihan ditawarkan kepada pelanggan

  • Moratorium sehingga 6 bulan; dan/ atau
  • Tempoh tangguh sehingga 6 bulan 

 

Faedah/Kadar Keuntungan:

  • 3% setahun atas kadar baki berkurangan.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila hubungi: 1-300-88-6433 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI