Pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, PKS akan terus membentuk masa depan negara. Menyedari usaha dan sumbangan mereka ke arah pembangunan ekonomi dan kemajuan, Minggu Keusahawanan dan PKS diadakan di seluruh negara bagi menggalakkan kesedaran umum serta mempromosikan produk dan perkhidmatan PKS dari pelbagai industri. Minggu Keusahawanan dan PKS memupuk semangat keusahawanan, dan juga membuka peluang pelaburan berpotensi yang boleh membantu perniagaan melonjak ke tahap yang lebih tinggi.
Objektif
- Mengiktiraf peranan dan sumbangan PKS kepada ekonomi Negara
- Meningkatkan kesedaran dan mempromosi tentang produk dan perkhidmatan PKS
- Memupuk budaya keusahawanan
- Platform untuk menyebarkan maklumat mengenai pembiayaan dan program pembangunan PKS
Hasil
- Untuk mempromosi serta mempamerkan produk dan perkhidmatan PKS dalam kalangan orang awam dan komuniti perniagaan dengan jayanya
- Untuk mewujudkan rantaian perniagaan dan peluang pelaburan baharu
- Untuk membolehkan PKS mendapat akses dan kemudahan kepada pembiayaan yang lebih besar