Edisi 2023/24 bagi Laporan Tinjauan PMKS telah diterbitkan pada April 2025 oleh SME Corp. Malaysia. Bertemakan ‘Meningkatkan Produktiviti dan Penyertaan PMKS dalam Rantaian Nilai’, Laporan ini memberi tumpuan kepada pelbagai langkah strategik bagi memperkasa PMKS dalam meningkatkan daya saing serta integrasi perniagaan mereka ke dalam ekonomi global. Laporan ini melibatkan dua penerbitan iaitu Laporan Utama dan Laporan Ekonomi. Laporan Utama merangkumi dasar dan program pembangunan PMKS, inisiatif pengantarabangsaan, ekosistem pembiayaan, inisiatif transformasi pendigitalan dan kisah inspirasi perjalanan keusahawanan PMKS. Manakala, Laporan Ekonomi memberikan gambaran keseluruhan prestasi PMKS global serta analisis terperinci mengenai prestasi dan prospek PMKS di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Laporan.
![]() |
![]() |
|
Laporan Utama | Laporan Ekonomi | |
Laporan Penuh [PDF] Laporan mengikut bab: Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri [PDF] Bab 1: Dasar, Inisiatif dan Program Pembangunan PMKS[PDF] |
Laporan mengikut bab: |