Bahasa: Lain-lain

Merancang Perniagaan Anda

 PERSONAL ATTRIBUTES

 

Motivasi Diri
Motivasi diri adalah salah satu faktor kejayaan apabila memulakan apa-apa jenis perniagaan. Anda perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja. Mempunyai visi dan misi untuk perniagaan anda adalah salah satu cara yang memberi motivasi kepada diri anda. Anda tahu apa matlamat anda dan bagaimana untuk mencapai matlamat itu. Unsur ini adalah sangat penting bagi perniagaan milik tunggal dan perniagaan mikro kerana anda adalah perniagaan anda sendiri.

Bagaimanakah anda boleh bermotivasi dan mendorong diri anda? Motivasi diri mula dibina dengan mengetahui mengapa anda ingin memiliki sesuatu perniagaan. Matlamat ini boleh membantu memberi inspirasi kepada anda untuk memberi yang terbaik daripada diri anda.

Kemudian, anda perlu mempunyai satu impian. Impian ialah matlamat yang anda fikirkan. Sebagai contoh, impian anda ialah untuk membina perniagaan yang sangat berjaya atau dinobatkan sebagai Usahawan Berjaya pada satu tahun. Impian adalah gol yang ingin anda skor, seperti dalam permainan bola sepak.

Akhir sekali adalah dengan iltizam untuk mencapai matlamat dan impian yang anda ingini. Mempunyai keinginan sahaja tidak mencukupi. Anda mungkin kecewa apabila anda gagal tetapi keinginan untuk berjaya akan menjadi alat yang berkuasa untuk memberi inspirasi kepada anda untuk bangun dan hidup.
Kecenderungan Anda
Memulakan perniagaan dengan bidang kecenderunganandaadalah bonus. Sementara orang lain masih memikirkan apa jenis perniagaan yang boleh dilakukan, anda sudah satu langkah di hadapan kerana anda melakukan apa yang anda suka dan anda berkebolehan dalam bidang itu. Keadaan ini menambahkan nilai perniagaan anda!Ia akan menjadi perniagaan yang berjaya jika anda mempunyai kemahiran dan minat dalam perniagaan yang dirancang. Lagipun, terdapat banyak peluang di luar sana. Mungkin, salah satu peluang yang boleh anda pilih adalah dari bidang yang anda minat. Semangat dan kemahiran akan menukarkan sesuatu perniagaan kepada perniagaan yang berpotensi, terutama sekali apabila anda menceburi bidang yang anda benar-benar berminat.

Selain itu, melandaskan perniagaan anda di dalam bidang yang anda minati juga memberi faedah lain. Pertama, ia akan membantu anda membangunkan dan menjana banyak idea. Sewajarnya, anda sudah tahu secara mendalam apa yang anda ceburi dan kelebihan ini akan menjimatkan masa penyelidikan, serta perbincangan untuk idea-idea baru. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda.

Tambahan lagi, cara terbaik untuk menjual ialah dengan mempercayai produk anda dan mempunyai kepercayaan bahawa semua produk yang anda promosikan akan memberi manfaat kepada pelanggan dalam pelbagai cara. Dengan menceburi dunia perniagaan dalam bidang yang anda sukai bererti lebih mudah bagi anda untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda kepada pelanggan anda.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda hanya boleh memulakan perniagaan di dalam bidang yang anda sukai. Pokoknya, ia adalah lebih mudah untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan jika anda mempunyai kecenderungandi dalam bidang itu. Jika anda boleh menemui keseimbangan antara kecenderungandiri anda dan kepentingan orang ramai, anda akan mampu untuk memenuhi kedua-dua kepentingan dan mula menjana wang.
Sokongan & Bantuan Keluarga
Elemen ini memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja di peringkat perancangan perniagaan anda tetapi juga di peringkat lain sehingga anda menjadi usahawan yang berjaya. Juga, sokongan keluarga bertahan lebih lama daripada sokongan lain. Semasa menghadapi risiko, cabaran, pengalaman dan halangan dalam perniagaan, keluarga sentiasa datang membantu dan menjadi tempat untuk mengadu.

Bukan itu sahaja, keluarga juga boleh menyediakan dana untuk modal permulaan anda. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam peringkat kedua kitaran perniagaan - di bawah sumber dana untuk memulakan perniagaan. Memandangkan bahawa tiada sumber dana lain yang boleh didapati, keluarga adalah sumber dana yang sangat penting untuk merealisasikan impian anda.

Ahli keluarga tidak sentiasa mempunyai impian yang sama dengan anda. Keutamaan mereka mungkin berbeza daripada kejayaan perniagaan anda. Untuk memastikan bahawa ahli keluarga anda tidak akan mengalami apa-apa risiko yang disebabkan oleh cita-cita dan matlamat anda sendiri, anda perlu berbincang dengan mereka, terutamanya pasangan anda dan anak-anak sebelum anda mengejar impian perniagaan anda untuk memastikan bahawa semua orang bersedia dengan perniagaan
Kesihatan Fizikal Yang Baik
Menjalankan perniagaan akan melibatkan aktiviti fizikal dan emosi. Malah di peringkat perancangan, anda perlu menimbang setiap perkara; perancangan perniagaan, proses operasi, akaun dan perolehan, serta pemasaran produk / perkhidmatan. Ia benar-benar memenatkan dan memberi tekanan.

Mempunyai kesihatan fizikal yang baik akan memastikan anda mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua aktiviti dan operasi berat yang terlibat, disokong oleh kesihatan emosi yang baik anda akan dapat mengelakkan diri daripada berputus asa apabila menghadapi masalah-masalah dan cabaran yang tidak diingini. Mempunyai perancangan dan sokongan akan membantu anda bersedia dan berjaga-jaga. Kadang-kadang anda akan merasa kecewa dan tertekan tetapi anda perlu memastikan anda mempunyai masa untuk berehat dan menyegarkan diri.
Ciri-Ciri Seorang Usahawan Yang Berjaya
Berikut adalah beberapa ciri-ciri Usahawan yang berjaya diambil dari laman web Tool Kit PKS untuk dipertimbangkan:

Berani
Berani merujuk kepada naluri keusahawanan, yang merupakan keinginan yang amat kuat untuk mempunyai perniagaan sendiri. Anda mesti mempunyai keberanian dan dedikasi yang benar-benar akan ditumpukan kepada matlamat anda. Secara kebetulan, kesetiaan kepada matlamat anda bererti anda mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk perniagaan yang dimaksudkan. Hidup ini terlalu pendek untuk memulakan perniagaan yang tidak memberi kepuasan dan kegembiraan kepada diri anda.


Cerdik
Walaupun kelulusan pelajaran yang sesuai adalah penting, "otak" keusahawanan ertinya lebih daripada pencapaian akademik. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, anda mesti mempunyai pengetahuan kerja mengenai perniagaan yang anda merancang untuk memulakan sebelum anda mula. Akal budi digabungkan dengan pengalaman yang sesuai adalah kecerdikan yang diperlukan. Sikap berhati-hati dan cermat sangat penting.


Modal
Anda akan memerlukan wang benih anda sendiri, termasuk wang tunai yang mencukupi untuk mengekalkan aliran tunai yang positif untuk sekurang-kurangnya tahun pertama perniagaan anda. Dalam sesi masa depan, anda akan belajar bagaimana untuk meramal keperluan tunai masa depan melalui kawalan aliran tunai. Banyak perniagaan boleh ditubuhkan pada skala yang sangat kecil dengan pelaburan yang kecil. Kemudian, satelah perniagaan berkembang dan anda telah mendapat pengalaman, aliran tunai dari perniagaan anda boleh digunakan untuk pertumbuhan.
Dalam sesetengah keadaan, anda tidak perlu modal permulaan untuk mengupah orang lain kerana anda mungkin mula dengan melakukan segala-galanya sendiri. Strategi "Melakukannya sendiri" adalah cara yang baik untuk belajar segala-galanya tentang perniagaan anda dan juga ia membuat anda lebih layak untuk mewakilkan kerja kepada orang lain kemudian. Anda boleh mengawal risiko anda dengan meletakkan had kepada berapa banyak anda ingin melabur dalam perniagaan anda.

 


 

 NAMA PERNIAGAAN

 

Pilih Nama Perniagaan Anda
Pilih Nama Perniagaan Anda

Kita kini hampir di akhir peringkat perancangan di mana anda perlu berhati-hati dan meluangkan sedikit masa untuk memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan boleh menjadi faktor besar yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan entiti perniagaan anda. Malangnya, ramai orang tidak sedar betapa pentingnya nama perniagaan sebelum melangkah ke hadapan. Banyak faktor perlu dipertimbangkan untuk menamakan perniagaan. Nama perniagaan anda mestilah nama yang tidak boleh dilupakan, nama yang berkaitan dengan bidang kerja/potensi bidang kerja.

Anda perlu memilih nama perniagaan yang dapat membezakan anda daripada orang lain atau perniagaan orang lain. Nama perniagaan anda seharusnya menarik, ringkas dan tidak dapat dilupakan untuk mewakili produk atau perkhidmatan anda. Anda perlu memastikan bahawa tidak ada orang lain berkongsi nama yang sama atau serupa dengan nama yang anda gunakan. Menggunakan nama berdaftar orang lain atau nama yang serupa boleh mengakibatkan implikasi undang-undang yang mahal. Anda juga perlu pastikan nama perniagaan anda unik dan menonjol di pasaran.
Daftarkan Perniagaan Anda
Mendaftar perniagaan anda

Apabila anda telah bersedia dengan nama perniagaan anda, dengan mengambil kira segala ciri-ciri yang disebut di atas, anda bolehlah mula melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar. Daftarkanlah perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), samaada ianya syarikat tunggal, syarikat perkongsian atau pun syarikat Sdn. Bhd.

Aktiviti utama SSM ialah untuk bertindak sebagai sebuah agensi bagi penubuhan syarikat dan mendaftar perniagaan, serta memberi maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Pendaftaran

Garis Panduan bagi Pendaftaran Perniagaan

 
Garis Panduan bagi Permohonan untuk Lesen Juruaudit

  • Calon yang ingin memohon untuk mendapat lesen juruaudit hendaklah melalui siri temuduga.
  • Lesen juruaudit hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan permohonan boleh dibuat di Bahagian Perakaunan dan Pengurusan.
 
Garis Panduan bagi Pendaftaran Firma Audit
Pemilik / rakan kongsi firma audit kendaklah seorang juruaudit yang bertauliah /pemegang lesen juruaudit yang sah dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • · Nama firma hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Institut Akauntan (MIA).
  • · Sila hantarkan Borang 5 yang telah pun diisi bersama surat kelulusan daripada MIA dan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • · Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM500.00 dan RM5.00 untuk tiap-tiap satu salinan sah dokumen.
  • · Jika ada terdapat perubahan dalam butir firma audit tersebut, pemilik / rakan bertanggungjawab memaklumkan perubahan tersebut dalam tempoh masa satu bulan daripada tarikh perubahan dibuat.

Permohonan bagi Lesen Setiausaha Syarikat
Sesiapa pun boleh memohon untuk lessen setiausaha syarikat jikalau:
  • · Pemohon bukan seorang muflis;
  • · Pemohon bukan seorang penjenayah sebagaimana tercatat dalam Seksyen 130(1) Akta Syarikat 1965;
  • · Pemohon mestilah penduduk tetap Malaysia; dan
  • · Pemohon mesti berumur 18 tahun atau lebih.

Prosedur bagi Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat

1. Dokumen dan Yuran. Yuran dan dokumen berikut hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Syarikat:
  • · Borang 48B – Permohonan untuk Lesen Setiausaha Syarikat;
  • · Salinan kad pengenalan;
  • · Salinan sijil-sijil akademik;
  • · Dokumen yang boleh mengesahkan pengalaman yang berkenaan;
  • · Surat rujukan;
  • · Foto terbahru; dan
  • · Yuran permohonan sebanyak RM50.00.

2. Pengalaman dan Kelayakan

· Kelayakan Minima
o Sijil Pelajaran Malaysia atau bersamaan (kredit dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris).
· Pengalaman
o Pemohon hendaklah mempunyai pengalaman kerja dalam bidang undang-undang syarikat atau amalan kesetiausahaan syarikat.
· Tempoh pengalaman
o Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, 5 tahun pengalaman bekerja;
· Pemegang Sijil, Diploma atau Ijazah (dalam bidang undang-undang, amalan setiausaha syarikat, pengurusan, pentadbiran perniagaan atau perakaunan) masing-masing memerlukan 3 tahun, 2 tahun atau 1 tahun pengalaman kerjabekerja.


3. Temuduga

Setiap pemohon dikehendaki menghadiri temuduga di mana calon akan diuji pengetahuannya mengenai undang-undang syarikat atau amalan kesetiausahaan syarikat.


4. Lesen
Pemohon yang berjaya dikehendaki membayar yuran sebanyak RM150.00 untuk lesen bagi tempoh 3 tahun.


5. Pembaharuan Lesen
Untuk memperbaharui lesen pemohon dikehendaki menghantar Borang Permohonan untuk Memperbaharui Lesen (Borang48C) bersama bayaran sebanyak RM50.00 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh luput. Apabila permohonan telah diluluskan pemohon dikehendaki membayar RM150.00 untuk lessen tersebut sebelum ianya dikeluarkan kepada pemohon.

Peringatan Am
  • · Format untuk Borang 48B bagi permohonan lesen dan Borang 48C untuk pembaharuan lesen boleh didapati dengan merujuk kepada Peraturan Syarikat 1966.
  • · Setiap borang perlu ditaip.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI