Bahasa: Lain-lain

Geran Perniagaan Mikro (GPM)

info tutupBM

 

Geran Perniagaan Mikro (GPM) bertujuan menggalakkan pembangunan perusahaan mikro menerusi program bantuan bersepadu yang merangkumi bantuan kewangan dan khidmat nasihat. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan keupayaan serta aktiviti penambahbaikan yang membantu perusahaan mikro meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pertumbuhan.

 

Jenis Bantuan
Geran sehingga 70% kos yang layak (maksimum RM200,000)

 

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai pengesahan sebagai perusahaan mikro dalam Sijil Akuan Status PMKS yang sah tempoh [Status PMKS] [Definisi PMKS]
  • Sekurang-kurangnya 60% milikan tempatan
  • Mempunyai Lesen Premis Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan
  • Terbuka kepada semua sektor ekonomi kecuali sektor berkaitan pertanian asas, kewangan, insurans, hartanah dan urusan berniaga dalam sekuriti

 

Pakej Bantuan

  • Pembungkusan & Pelabelan
  • Pengiklanan & Promosi
  • Mesin & Peralatan (Produktiviti & Automasi)
  • Adaptasi ICT & eDagang
  • Sewaan premis perniagaan terhad kepada 12 bulan
  • Aktiviti berkaitan bagi penerokaan pasaran ke luar negara & latihan / kursus / seminar / persidangan berkaitan eksport

 

GPM bm

 

Fi Pemprosesan

  • RM100 untuk pemprosesan permohonan (dikenakan selepas permohonan diluluskan)
  • RM100 untuk pemprosesan rayuan

 

Permohonan

Permohonan dibuka dari 20 September 2023 hingga 31 Oktober 2023 ATAU sehingga penerimaan permohonan mencapai jumlah komitmen maksimum yang diperuntukkan (yang mana terdahulu).

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Talian Info: 03-9213 0077
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SME Corporation Malaysia

Tingkat 4, SME 1, Blok B, Platinum Sentral

Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur

 

 

PENAFIAN

Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. SME Corp. Malaysia berhak untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

Sila ambil perhatian bahawa SME Corp. Malaysia tidak pernah melantik juruperunding / pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah Program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding / pihak ketiga, SME Corp. Malaysia berhak membatalkan / menarik balik permohonan syarikat secara automatik.

 

AMARAN

Mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp. Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan, dengan penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

SME Corp. Malaysia juga ingin menarik perhatian mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan / atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI