Bahasa: Lain-lain

Projek IB Serai Malaya

< back >

 

seraiMalaya

 

Serai Malaya Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Star Medik Group Sdn. Bhd. iaitu syarikat pembuatan peralatan perubatan. Serai Malaya Sdn. Bhd. ditubuhkan bagi mengintegrasikan kelompok masyarakat kampung ke dalam rantaian nilai IB Serai Malaya Sdn. Bhd. menerusi pembelian serai secara pukal, terjamin dan konsisten, pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Serai Malaya mengeluarkan pelbagai produk berasaskan serai, antara lain teh dan serbuk untuk perapan.


Menerusi projek ini, Serai Malaya menyasarkan 50 peserta dalam kalangan lima kelompok komuniti inklusif B40 luar bandar sekitar Selangor dan Negeri Sembilan yang mana para peserta dilengkapi dengan latihan, adaptasi teknologi / peningkatan produktiviti, dan kemudahan berupa pusat pengumpulan serai. Sepanjang projek ini, Serai Malaya Sdn. Bhd. selaku SP-IB yang dilantik bertanggungjawab untuk menyelia dan membimbing peserta dari lima (5) kelompok ini bagi memastikan serai yang dibekalkan adalah berkualiti premium, seterusnya meningkatkan permintaan terhadap hasil tanaman secara berkelompok. Serai Malaya Sdn. Bhd. dianugerahkan dengan ASEAN Business Award 2022 di atas kecemerlangan dalam memenuhi konsep IB serta menjana impak sosioekonomi ke atas komuniti di dasar piramid.

 

 

S1


S2


S3

 

S4

 

S5

 

S6

      

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI