Bahasa: Lain-lain

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

ASEAN Inclusive Business (IB) Awards
ASEAN Inclusive Business (IB) Awards mengetengahkan amalan terbaik syarikat-syarikat dengan model perniagaan yang direka untuk menjana keuntungan di samping menyelesaikan masalah kemiskinan dan komuniti berpendapatan rendah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah;
https://asean.org/wp-content/uploads/2021/09/6.-ASEAN-IB-Promotion-Guidelines-Endorsed-at-the-52nd-AEM.pdf

ASEAN IB Awards Recipients
   Farm FreshPepper Labs1 Serai Malaya1 Everlasting Mus1










          

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand setelah Deklarasi ASEAN (Deklarasi Bangkok) ditandatangani di antara negara Pengasas ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam kemudiannya menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984 diikuti Viet Nam pada 28 Julai 1995, Lao PDR dan Myanmar pada 23 Julai 1997 serta Kemboja pada 30 April 1999. ASEAN kini merupakan gabungan sepuluh negara anggota ASEAN.

NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN 
ams

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-9 pada tahun 2003, Pemimpin-pemimpin ASEAN memutuskan untuk mengwujudkan Komuniti ASEAN. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 pada bulan Januari 2007, para Pemimpin mengesahkan komitmen negara anggota dan menandatangani Deklarasi Cebu bagi mempercepatkan penubuhan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015.


KOMUNITI ASEAN
aseankomuniti
KOMUNITI EKONOMI ASEAN
komunitiekonomiasean
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN ASEAN BAGI PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA (ACCMSME)

Sebagai latar belakang, kerjasama Perusahaan Kecil dan Sederhana bermula pada tahun 1995, apabila pembangunan PKS menjadi salah satu keutamaan di peringkat ASEAN. Dalam hal ini, Kumpulan Kerja PKS ASEAN (SMEWG) diwujudkan untuk merumuskan dasar, program dan aktiviti untuk pembangunan PKS. SMEWG berfungsi sebagai platform untuk perundingan dan penyelarasan untuk memastikan pembangunan PKS terus berkembang seiring dengan proses integrasi ASEAN dan untuk menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).


Pada 21 Januari 2016, SMEWG telah diangkat sebagai Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana atau ACCMSME untuk menggambarkan skop kerja yang turut merangkumi enterpris mikro serta keperluan untuk membuka keanggotaan jawatankuasa dari bidang-bidang lain. Mesyuarat ACCMSME diadakan dua kali setahun dan negara anggota ASEAN akan mengambil giliran sebagai tuan rumah.

 

 

 

Antara fungsi ACMMSME adalah sebagai platform bagi:

  • Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk pembangunan PKS 2025;
  • Menyelaras dan membincangkan isu-isu kerjasama berkaitan PKS di kalangan negara anggota ASEAN dengan rakan-rakan dialog seperti Jepun, Korea dan China; dan juga dengan rakan-rakan pembangunan seperti  Agensi Pembangunan Amerika Syarikat (USAID) melalui  Perdagangan dan Pelaburan ASEAN (ACTI), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan  Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ), Jerman; dan
  • Menyelaras penyertaan ASEAN dalam aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan PKS di peringkat antarabangsa seperti Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan lain-lain.

Melangkah ke era Komuniti Ekonomi ASEAN, di peringkat serantau, program dan inisiatif pembangunan PKS akan berpandukan pelan yang dibangunkan oleh ACCMSME yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk Pembangunan PKS 2016-2025 (SAPSMED 2025).


matlamat2 Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk pembangunan PKS 2016 - 2025  boleh dimuat turun di  https://asean.org/storage/2015/12/SAP-SMED-Final.pdf

 

PEMBANGUNAN PKS ASEAN

 

 

1. Pusat Perkhidmatan PKS ASEAN

 

 

Pusat Perkhidmatan PKS ASEAN menyediakan maklumat dan perkhidmatan mengenai produktiviti, teknologi, inovasi, akses pasaran, pengantarabangsaan, kewangan, dasar, pembangunan modal insan dan lain-lain. Perkembangan terkini dan aktiviti yang berkaitan dengan PKS di rantau ASEAN juga boleh didapati di laman web ini. http://www.aseansme.org/home

 

2. Akademi PKS ASEAN

 

Akademi PKS ASEAN menyediakan maklumat dan sumber latihan perniagaan untuk menyokong pembangunan dan pengantarabangsaan di kalangan PKS di rantau ASEAN. Akademi ini berfungsi untuk meningkatkan perkhidmatan pembangunan perniagaan kepada PKS melalui pelbagai kursus dan maklumat perniagaan yang boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet.


Akademi ini menawarkan pelbagai latihan seperti kewangan / perakaunan, pengurusan, pemasaran, operasi, teknologi dan perdagangan / logistik. Ia juga membantu PKS untuk mencari peluang rangkaian dan mendapatkan akses kepada maklumat serantau bagi mengembangkan dan meningkatkan perniagaan mereka.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Akademi PKS ASEAN, sila layari laman sesawang dan infografik di http://www.asean-sme-academy.org/

 

3. Repositori Perdagangan ASEAN (ATR)

Repositori Perdagangan ASEAN (ATR) menyediakan maklumat berkaitan perdagangan bagi negara anggota ASEAN. Ianya merupakan platform atas talian di peringkat ASEAN yang menyediakan pautan dengan pelbagai Repositori Perdagangan Kebangsaan (NTR) yang mengandungi maklumat dan kandungan sebenar berkaitan perdagangan di peringkat negara ASEAN.


Maklumat berkaitan perdagangan boleh diakses melalui ATR yang disusun mengikut sembilan topik selaras dengan Artikel 13 Perjanjian Perdagangan Perdagangan ASEAN (ATIGA). Kesemua maklumat juga boleh didapati di NTR Negara-Negara Anggota ASEAN yang diselenggarakan oleh Kerajaan masing-masing.


Maklumat yang terdapat di ATR boleh diakses berdasarkan 'topik' dan 'negara' (iaitu, sepuluh Negara Anggota ASEAN). Sembilan Topik yang boleh diakses adalah berikut:

  • Tatanama tarif;
  • Tarif MFN, tarif istimewa yang ditawarkan di bawah ATIGA dan Perjanjian-perjanjian lain ASEAN dengan Rakan Dialognya;
  • Peraturan asal;
  • Langkah bukan tarif;
  • Undang-undang dan peraturan perdagangan dan kastam kebangsaan;
  • Prosedur dan keperluan dokumentari;
  • Peraturan pentadbiran;
  • Amalan terbaik dalam fasilitasi perdagangan; dan
  • Senarai pengendali ekonomi yang dibenarkan.

Struktur ATR membolehkan capaian maklumat berkaitan perdagangan dapat diakses dari setiap Negara Anggota ASEAN mengikut topik carian.


ATR juga menyediakan pautan ke laman sesawang Konsultasi ASEAN yang menyelesaikan Isu Perdagangan dan Pelaburan. https://atr.asean.org/

 

4. ASSIST - Penyelesaian ASEAN bagi Pelaburan, Perkhidmatan dan  Perdagangan

 

 

 

Mekanisme ASSIST ditubuhkan untuk melaksanakan Rundingan ASEAN bagi membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan Perdagangan dan Pelaburan (ACT) di bawah Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) berdasarkan sistem SOLVIT Kesatuan Eropah.
Jenis-jenis isu yang boleh dibantu oleh ASSIST?
• Berkaitan isu tarif dan bukan tarif yang mempengaruhi barangan;
• Isu dalam bidang perkhidmatan rentas sempadan; dan
• Langkah menghadkan pelaburan dalam pelbagai sektor integrasi ASEAN

ASSIST tidak berurusan dengan mana-mana isu seperti:

  • Pertikaian antara pekerja / majikan  atau tuntutan diskriminasi;
  • Perkara-perkara yang sedang atau telah dipertikaikan / dalam proses arbitrasi dalam bidang kuasa negara;
  • Aduan terhadap individu atau syarikat;
  • Perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perkhidmatan atau pelaburan intra-ASEAN;
  • Hak visa dan kediaman; dan
  • Pergerakan modal atau pembayaran yang merentas sempadan

https://assist.asean.org/en/home

Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk pembangunan PKS 2016- 2025

pelanASEAN

Bermula Januari 2014, Kumpulan Kerja PKS ASEAN telah membangunkan Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk Pembangunan PKS 2016-2025 (SAP SMED 2025).


Pelan ini melibatkan pendekatan holistik ke arah pembangunan PKS di rantau ini bagi merapatkan jurang pembangunan, terutamanya dari segi ekonomi untuk integrasi yang lebih baik. Kumpulan Kerja PKS ASEAN (ASEAN SMEWG) telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA) bagi menghasilkan Indeks Dasar PKS untuk ASEAN. Hasilnya, beberapa jurang telah dikenalpasti berhubung dengan ekosistem pembangunan PKS di kalangan AMS, terutamanya antara negara-negara ASEAN-6 dan CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam).


Dalam menangani jurang tersebut, SAP SMED 2025 berhasrat meningkatkan daya tahan PKS ASEAN dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompetitif dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka melalui visi "PKS Global yang Kompetitif dan Inovatif". Pelan ini akan menjadi game changer untuk Pembangunan PKS di rantau ASEAN untuk tempoh 10 tahun akan datang.   SAP SMED 2025 akan menggalakkan pembangunan usahawan dan PKS dan memudahkan integrasi ke rantaian nilai serantau dan global.

Penerbitan ACCMSME

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI