Bahasa: Lain-lain

Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) PLUS

BEEP Plus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan perusahaan mikro Bumiputera di Sabah & Sarawak yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu bagi memperkukuhkan teras perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan.

 

Kriteria Kelayakan

  • Perakuan status PMKS (klik sini)
  • Syarikat bersaiz Mikro sahaja;
  • 60% ekuiti syarikat milikan Bumiputera;
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;

 

Pakej Bantuan

  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Produktiviti dan Automasi;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;
  • Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT;
  • Pembangunan dan Inovasi Produk (Pembelian bahan mentah dan peralatan berkaitan);
  • Penyewaan premis perniagaan;
  • Pengubahsuaian Premis; dan
  • Latihan / Kursus / Seminar / Persidangan Berkaitan Eksport.

 

Permohonan

Untuk memohon, sila tempah sesi MeetMe melalui Portal MyAssist MSME (www.myassist-msme.gov.my) bersama pegawai kami atau berhubung dengan pegawai SME Corp. Malaysia cawangan Sabah atau Sarawak bagi membincangkan perancangan perniagaan anda berkenaan permohonan Program BEEP Plus. Sila layari laman sesawang SME Corp. Malaysia – www.smecorp.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Muat turun brosur Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus [PDF]

Soalan-soalan Lazim (FAQ) [klik]

 

Fi Pemprosesan:

Fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu dan sebarang rayuan pertukaran / perubahan dan perlanjutan tempoh projek yang diluluskan.

Fi pemprosesan:

  • RM100

Fi rayuan (jika permohonan telah diluluskan):

  • RM100

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Program BEEP Plus:

  • Pn. Nor Eryani bt. Mat Aziz (03-2775 6133)
    Pn. Shaz Lina bt. Shaari (03-2775 6103)
  • SME Corp. Malaysia Sabah 088-447373 / 7374
  • SME Corp. Malaysia Sarawak 082-239659 / 082256955 / 082-238955 atau
  • email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Urusetia BEEP PLus
c/o SME Corp. Malaysia
Aras 7, Block C,
Platinum Sentral Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line : 03-9213 0077
Fax: 03-2775 6001
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Penafian:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.



Amaran:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI