Bahasa: Lain-lain

Program Pembangunan Kapasiti Eksport PMKS

Pelawaan Tunjuk Minat / Expression Of Interest (EOI) bagi Perkhidmatan Aktiviti Pembangunan Kapasiti Eksport


Latar belakang dan tujuan:

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) merentasi kesemua Kementerian dan Agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PMKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PMKS dan usahawan di seluruh negara.

SME Corp. Malaysia memberi fokus kepada pengantarabangsaan PMKS yang menggalakkan transformasi PMKS ke pasaran global dengan mewujudkan rangka kerja berasaskan pasaran yang jelas.

Dalam menyokong strategi ini, Program Pengukuhan Eksport PMKS dilaksanakan bagi membiayai PMKS dalam aktiviti pengantarabangsaan dan aktiviti pembangunan kapasiti eksport.

Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat ini dikeluarkan adalah bagi mempelawa syarikat pemberi perkhidmatan yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon sebagai Penghubung Pasaran (Market Linker) bagi Program Pengukuhan Eksport PMKS. Syarikat perlu mengemukakan kertas cadangan perancangan pelaksanaan berdasarkan komponen yang telah ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia beserta cadangan projek dan dokumentasi yang diperlukan.

 

Kriteria Pelantikan Penghubung Pasaran (Market Linker):

  1. Entiti yang berdaftar di Malaysia yang terdiri daripada Sdn. Bhd., Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Perniagaan dan Koperasi, yang sah; ATAU Entiti antarabangsa yang mempunyai pengalaman dan kepakaran melaksanakan projek berkaitan; DAN
  2. Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit (Registrar of Companies Malaysia – ROC) ATAU Penyata Kewangan yang disahkan bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Registry of Societies of Malaysia – ROS) untuk 2 tahun terkini.

 

Skop pelaksanaan Program Pengukuhan Eksport PMKS:

Komponen 1: Latihan Pembangunan Eksport
Komponen 2: Penilaian Firma
Komponen 3: Bimbingan Eksport
Komponen 4: Aktiviti Penerokaan Pasaran
Komponen 5: Pemantauan dan Laporan Penilaian Keberkesanan

 

Permohonan telah ditutup.

Urus Setia Program Pengukuhan Eksport PMKS
Bahagian Akses Pasaran dan Pengantarabangsaan (APP)
SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Puan. Siti Norzaihar Waharudin).



HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI