Bahasa: Lain-lain

Lahir usahawan suri rumah

08hm43a2.transformed 0

Dr Hafsah (tengah) beramah mesra dengan panel Program Hearts.

Kuala Lumpur: SME Corporation Malaysia (SME Corp) bertindak sebagai platform strategik melahirkan usahawan wanita daripada golongan suri rumah menerusi program keusahawanan Skim Peningkatan dan Penambahbaikan Bakat Suri Rumah (HEARTS).

 

HEARTS dilaksanakan menerusi kerjasama bersepadu bersama Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF), TalentCorp Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) agar ia dapat menyumbang kepada pembangunan sektor keusahawanan tempatan dan global.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, melalui kerjasama itu, peserta diberikan latihan intensif dalam bidang keusahawan dan perniagaan bagi melayakkan mereka kembali dalam sektor pekerjaan atau keusahawanan.

 

“Sejak 2013 hinggalah sekarang, kita mempunyai 809 peserta daripada golongan suri rumah dan setakat ini, 190 suri rumah berjaya melepasi latihan serta mendapat pekerjaan.

 

“Mereka yang dilatih di bawah program ini diajar menggunakan teknologi terkini dan telefon pintar supaya seiring dengan peredaran zaman,” katanya selepas Forum HEARTS and Beyond di sini, semalam.

 

Dalam forum itu, pelbagai perkongsian dilakukan terhadap potensi yang perlu diterokai dalam pasaran global dan domestik serta mencari peluang dalam ekosistem industri keusahawanan itu.

 

Setakat November 2015, TalentCorp merekodkan 190 suri rumah yang berjaya kembali ke sektor pekerjaan berlandaskan keusahawanan selepas menjalani latihan dengan pendapatan terkumpul tahunan mencecah RM10.2 juta.

 

Beliau berkata, HEARTS siri kedua dijangka dijalankan tahun depan membabitkan golongan ibu tunggal

Setakat November 2015, TalentCorp merekodkan 190 suri rumah yang berjaya kembali ke sektor pekerjaan berlandaskan keusahawanan selepas menjalani latihan dengan pendapatan terkumpul tahunan mencecah RM10.2 juta.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI