Bahasa: Lain-lain

Sektor PKS berkembang lebih besar berbanding KDNK - PM

mgfpmsme01

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketik mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (NSDC) ke 19 di Banggunan Sementara Parlimen Malaysia. Turut kelihatan, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (kanan). foto SAFWAN MANSOR. 30 NOV 2015.

 

Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkembang pada kadar purata tahunan 8.6 peratus berbanding pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar keseluruhan sebanyak 5.4 peratus dalam tempoh dua tahun sejak 2012.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini sektor PKS terus mengekalkan prestasi pertumbuhan yang lebih baik daripada pertumbuhan ekonomi keseluruhan.

 

"Pertumbuhan ini tercapai meskipun berdepan dengan kenaikan kos akibat daripada pengurangan subsidi, pelaksanaan gaji minimum, GST dan sebagainya. Keanjalan sektor PKS di dalam menyesuaikan operasi mereka mengikut perubahan masa adalah satu perkara yang boleh dibanggakan," katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS di sini hari ini.

 

Menurut Najib, pada mesyuarat yang sama tahun lalu, mereka bersetuju untuk mengkaji semula bagi sasaran tahun 2020 di bawah Pelan Induk PKS.Sungguhpun sumbangan sektor PKS kepada KDNK dikekalkan pada 41 peratus, untuk mencapai sasaran, sektor PKS semestinya berkembang pada kadar purata 8 peratus setahun.

 

"Ini hanya boleh dicapai sekiranya kita fokus pada pertambahan produktiviti dan inovasi," jelasnya.

 

Selain itu, beliau berkata, peluang PKS lebih cerah selepas negara melalui beberapa fasa perubahan besar tidak lama lagi termasuk ASEAN Economic Community (AEC) dan Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA).

 

"Pertama, melalui AEC, berlaku liberalisasi tarif dan tidak ada halangan antara negara ASEAN dan menjadi peluang PKS merentasi negara lain dan yang penting ia perlu kekal kompetitif," jelasnya.

 

Kedua, kata Perdana Menteri, TPPA yang dijangka berkuatkuasa dalam dua tahun dan ia akan membawa keuntungan dan dalam masa yang sama cabaran.

 

"Ia menjadi peluang kepada kita memposisikan diri dalam pasaran, kekuatan dan kemampuan untuk bersaing," katanya.--MalaysiaGazette

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI