KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sektor perusahaan kecil dan sederhana di negara ini perlu bersedia untuk merebut peluang yang ditawarkan menerusi pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan AEC akan menyebabkan berlaku liberalisasi yang lebih besar dari segi sekatan tarif dan bukan tarif dalam kalangan negara-negara ASEAN.
“Adalah penting bagi syarikat-syarikat PKS di negara ini mencapai ekonomi skala relatif atau mengemukakan cadangan bernilai tinggi.
“Langkah itu akan menjadikan kita kekal berdaya saing berbanding syarikat-syarikat PKS di negara-negara ASEAN yang lain,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC) di bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pks-rebut-peluang-bawah-aec-pm-...