Bahasa: Lain-lain

Perdasama Perak jalin kerjasama dengan Iwapi Sumatera

 image

 

SUHAIDA MOHD. HASHIM (depan, dua dari kiri) bertukar dokumen MoU dengan Rosna Nurleily Siregar (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Samsudin Abu Hassan (barisan belakang, empat dari kiri) semasa Program Padanan Perniagaan Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia dan Usahawan Negeri Perak di Ipoh, Perak, kelmarin. UTUSAN/SYEFRY MONIZ IPOH 30 Mac – Persatuan Perdaga­ngan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Perak memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Ikatan Wanita Peng­usaha Indonesia (Iwapi) Sumatera Utara bagi menjalin kerjasama dalam bidang keusahawanan antara dua negara, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, industri halal merupakan antara yang dilihat pa­ling berpotensi berikutan kemasukan banyak produk dari China dan Thailand ke Sumatera Utara tetapi diragukan status kehalalannya. Sehubungan itu katanya, usahawan di Perak khususnya perlu merebut peluang bukan sahaja disebabkan oleh pasaran meluas di Sumatera Utara, malah kos tenaga kerja dan material di negara jiran itu juga agak murah. “Jaringan kerjasama yang turut melibatkan Invest Perak, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan SME Corp. Ini diharap dapat memperlihatkan keberkesanannya selepas kunju­ngan timbal balik delegasi Perak ke Sumatera Utara tidak lama lagi. “Perkara ini merupakan satu lembaran baharu yang perlu dirancang lebih strategik supaya impak­nya dapat dirasai oleh pengusaha perniagaan dari Perak dan juga Indonesia,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program penutupan pemadanan perniagaan antara Iwapi dan usahawan Perak yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, di sini hari ini. Hadir sama Yang Dipertua Perdasama Perak, Suhaida Mohd. Hashim dan Ketua Dewan Perniagaan Daerah (DPD) Iwapi Sumatera Utara, Rosna Nurleily Siregar. Dalam pada itu, Rosna Nurleily berkata, pihaknya menyambut baik jemputan Perdasama Perak untuk menjalinkan hubungan kerjasama tersebut. “Lagipun kedua-dua negara, baik Malaysia mahupun Indonesia, kita adalah serumpun dan mempunyai banyak persamaan dari segi perdagangan,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perdasama-perak-jalin-kerjasama-dengan-iwapi-sumatera-1.206708#sthash.5IPdlZOB.dpuf

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI