Bahasa: Lain-lain

Penubuhan Bank Butik Dan Komuniti Boleh Penuhi Keperluan Pembiayaan PKS

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Penubuhan bank butik dan komuniti boleh memenuhi keperluan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

"Ia adalah satu cadangan yang baik terutama dalam menyelesaikan kesukaran PKS memperolehi pembiayaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku berjudul 'Illustrative Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) Financial Statement With Commentaries' di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan penubuhan 'Bank of Johor' oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim semasa perasmian pembukaan penggal Dewan Undangan Negeri Johor semalam, supaya kerajaan negeri mewujudkan bank sendiri bagi menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, termasuk pemberian pinjaman perumahan.

Baginda bertitah, bank yang dicadangkan dengan nama 'Bank of Johor' itu juga boleh menyediakan pinjaman perumahan dan membiayai projek pembangunan.

Bagaimanapun, Hafsah berkata pembiayaan bank bukan satu-satunya pilihan kepada PKS untuk mendapat bantuan kewangan memandangkan terdapat pembiayaan yang ditawarkan institusi bukan bank seperti pendanaan masyarakat, pembiayaan ekuiti swasta, modal teroka dan pelabur budiman.

Beliau berkata dengan pelbagai pilihan yang ada, PKS sewajarnya memanfaatkan peluang untuk mendapatkan sumber lain jika mereka gagal memperoleh pembiayaan bank.

Sementara itu, buku yang dilancarkan tersebut adalah susulan daripada pelaksanaan rangka kerja Standard Pelaporan Entiti Swasta Malaysia (MPERS) pada 1 Jan tahun ini, dihasilkan untuk entiti swasta.

Rangka kerja berkenaan dapat mengupayakan pelaporan kewangan entiti swasta supaya seiring dengan standard pelaporan kewangan global semasa.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI