Bahasa: Lain-lain

Program Galakan Eksport Bumiputera Sasar Tingkatkan Keupayaan 400 Syarikat PKS - Najib

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Keupayaan eksport 400 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disasar dapat ditingkatkan melalui Program Galakan Eksport Bumiputera menjelang 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata program tersebut akan dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau berkata kerajaan komited dalam memastikan pembinaan kapasiti berterusan dalam kalangan usahawan dan pengeluar bumiputera supaya mereka dapat bersaing di luar negara.

"Satu pakej bantuan bersepadu meliputi kemudahan pembiayaan kewangan dengan komponen seperti pembungkusan, pensijilan dan pengurusan sistem kualiti serta pembangunan dan inovasi produk akan disediakan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ekonomi Bumiputera di sini, Khamis.

Dalam kenyataan yang diedarkan oleh SME Corp hari ini, program yang mendapat sokongan lapan persatuan dan dewan perniagaan bumiputera itu mampu mewujudkan rantaian perniagaan dalam kalangan pengusaha PKS bumiputera untuk merebut peluang pasaran di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Menurut SME Corp, latihan juga diberikan kepada syarikat berpotensi khusus untuk memberi pendedahan mengenai keperluan bagi pasaran negara tertentu.

"Bagi memastikan keberhasilan pencapaian sasaran yang ditetapkan, persatuan dan dewan perniagaan bumiputera yang terlibat akan turut memantau perkembangan syarikat," menurutnya.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI