Bahasa: Lain-lain

Sasar 5,000 orang hadir Karnival Moh Niaga!

7

 

IPOH: Seramai 5,000 pengunjung disasarkan akan menghadiri Karnival Moh Niaga! yang bakal berlangsung di Stadium Mini Bagan Serai, Kerian bermula pada 20 hingga 22 Mei 2016.

Karnival yang diadakan sempena Minggu PKS 2016 tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama SME Corp. Malaysia Negeri Perak, PKNK, MARA dan TEKUN.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, penganjuran karnival tersebut kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana ia dilaksanakan bersempena Program Pemukiman Daerah Kerian oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ujarnya, program ini memberi peluang kepada masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai langkah untuk memulakan serta memajukan perniagaan mereka.

“Ini termasuklah pembiayaan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan usahawan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI