Bahasa: Lain-lain

Program Youth@Millionaire Bantu Belia Dalami Ilmu Perniagaan Sebenar

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Program 'Youth@Millionaire' diyakini mampu membantu kalangan belia memahami persekitaran serta rancangan perniagaan sebenar sektor keusahawanan yang turut seiring hasrat kerajaan menerapkan budaya keusahawanan di peringkat pelajar.

Program sehari anjuran SME Corp Malaysia pada hari ini, melibatkan penyertaan 30 pelajar berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun daripada enam buah institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang.

Ia adalah bersempena Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2016 di lokasi terpilih seluruh negara pada 23 Mei hingga 3 Jun ini.

Manfaat program 'Youth@Millionaire' itu turut diperakui oleh peserta yang berkesempatan menyertai acara yang disifatkan membantu dari segi pendedahan ilmu perniagaan.

Penuntut jurusan Rekaan Fesyen dan pakaian Kolej Komuniti Selayang, Norfaiziatul Liyana Mohamad, 22, berkata kandungan pembelajaran program Youth@Millionaire yang disampaikan dalam bentuk pelan perniagaan, ternyata menggalakkan pemikiran kreatif serta inovasi peserta.

"Program ini bukan setakat memberikan idea untuk mengembangkan perniagaan, malah membantu saya memahami keadaan sebenar perniagaan serta bagaimana untuk menangani cabaran pada masa akan datang," katanya kepada Bernama.

Beliau yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai ejen barangan kosmetik berkata kemahiran yang diperolehi itu juga mampu dipraktikkan bagi meningkatkan mutu pelan perniagaan.

Sementara itu, bagi Muhammad Wafiuddin Mohd, 19, yang juga penuntut jurusan Kejuruteraan dan Pengajian Perniagaan Universiti KL (UniKL), program 'Youth@Millionaire' dilihat mampu melahirkan modal insan yang berdaya saing, berinovasi tinggi serta mampu menghadapi risiko perniagaan secara sistematik.

Beliau yang berhasrat bergelar usahawan selepas tamat pengajian, menyifatkan ilmu yang diperolehi itu dapat membantunya dalam usaha menghasilkan pelan perniagaan lebih sistematik serta menarik.

"Saya berharap pihak penganjur dapat dapat meneruskan program ini agar nilai-nilai keusahawanan ini dapat dikongsi generasi muda, khususnya mereka yang berhasrat menjadikan bidang ini sebagai kerjaya," katanya.

-- BERNAMA 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI