Bahasa: Lain-lain

SME Corp Malaysia Lulus Pinjaman Bernilai Lebih RM5 Bilion

KUANTAN, 29 Mei (Bernama) -- SME Corp Malaysia meluluskan hampir 40,000 permohonan termasuk geran dan pinjaman bernilai lebih RM5 bilion untuk usahawan Bumiputera di seluruh negara sehingga April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata sebanyak dua peratus atau 732 kelulusan bernilai RM145 juta adalah khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pahang.

"Ia termasuk bantuan kepada PKS Bumiputera di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Ia meliputi sejumlah 74 kelulusan bernilai RM5.5 juta bagi tempoh 2011 hinga Mei 2016.

"Salah satu syarikat di Kuantan yang mendapat bantuan geran dan pinjaman ialah Zest Venture Sdn Bhd yang membuka cawangan di empat negeri serta mencatat jualan sebanyak 60 peratus ke Singapura.

"Ia menunjukkan bahawa sokongan diberikan itu membolehkan syarikat PKS melangkah jauh dan mencapai kejayaan lebih besar," katanya berucap pada majlis penutup Karnival Minggu PKS 2016 peringkat negeri Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas karnival itu, Shahiruddin berkata penganjurannya kali ini berjaya mencapai sasaran termasuk padanan perniagaan antara syarikat PKS dengan beberapa pasar raya besar melibatkan transaksi bernilai RM2.6 juta.

"Pasar raya besar di Pahang seperti Giant, Mydin dan Tunas Manja juga dilihat kian yakin dengan produk PKS dan mahukan ia dijual di premis mereka.

"Mungkin karnival sebegini diadakan lebih kerap pada masa depan di pelbagai lokasi termasuk peringkat antarabangsa jika ada peruntukan tambahan," katanya.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI