Bahasa: Lain-lain

Minggu PKS mampu suntik semangat keusahawanan

 

 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menandatangani penubuhan Persatuan Tunas Belia Bumiputera dan Persatuan SME@UMK sempena majlis pelancaran Minggu PKS peringkat Kebangsaan, Ekspo Keusahawan Jeli dan Program Mobile CTC MOF di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, Jeli. - Foto Mohamed Sahidi Yusof

JELI: Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) peringkat kebangsaan yang dilancarkan di sini, hari ini, mampu menyuntik semangat keusahawan dalam kalangan penduduk luar bandar. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebanyak 17 program dijalankan membabitkan 130 gerai produk dan perkhidmatan PKS. Minggu PKS diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada usahawan mengenai pembiayaan dan program pembangunan sektor berkenaan. "Kerajaan juga menyasarkan jualan kira-kira RM6 juta pada sepanjang minggu program itu diadakan tahun ini," katanya selepas perasmian minggu berkenaan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, dekat sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan geran peningkatan Enterprise Bumiputera berjumlah RM774,000 kepada enam PKS kendalian Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp). Sempena minggu PKS itu yang diadakan selama tiga hari dan berakhir hari ini, turut diadakan Ekspo Keusahawanan Jeli dan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Kementerian Kewangan.

Yang turut hadir Pengerusi SME Corp, Tan Sri Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Pengarah Bahagian Unit Stategik Kebangsaan, Dr Aminuddin Hassim. Mustapa berkata, kerajaan menyasarkan kira-kira 340,000 pengunjung di setiap penganjuran minggu PKS di seluruh negara tahun ini. Esok Minggu PKS diteruskan lagi yang berlangsung di Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menerong yang juga akan dihadiri oleh Mustapa.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI