Bahasa: Lain-lain

Minggu PKS Sasar Jualan RM6 Juta

 

Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) peringkat kebangsaan yang dilancarkan di Jeli, Kelantan mampu menyuntik semangat keusahawan dalam kalangan penduduk luar bandar.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Minggu PKS diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada usahawan mengenai pembiayaan dan program pembangunan sektor berkenaan.

“Sebanyak 17 program diadakan dalam Minggu PKS ini membabitkan 130 gerai produk dan perkhidmatan PKS,” katanya selepas perasmian minggu berkenaan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, semalam.

Hadir sama, Pengerusi SME Corp, Tan Sri Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Pengarah Bahagian Unit Stategik Kebangsaan, Dr Aminuddin Hassim.

Mustapa berkata, kerajaan menyasarkan jualan kira-kira RM6 juta sepanjang minggu program itu diadakan tahun ini.  Selain itu katanya, kerajaan juga menyasarkan kira-kira 340,000 pengunjung di setiap penganjuran minggu PKS di seluruh negara tahun ini. Beliau turut menyampaikan geran peningkatan Enterprise Bumiputera berjumlah RM774,000 kepada enam PKS kendalian Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp).

Minggu PKS tersebut diadakan selama tiga hari dengan pelbagai program termasuk Ekspo Keusahawanan Jeli dan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Kementerian Kewangan.

Hari ini Minggu PKS diteruskan lagi di Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menerong yang juga akan dihadiri oleh Mustapa.  – 29 Mei 2016.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI