Bahasa: Lain-lain

Jualan peniaga Program TUBE cecah RM20.78j

KUALA KANGSAR: Jumlah jualan tahunan terkumpul yang dijana oleh peniaga program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) mencecah RM20.78 juta sejak dilaksanakan pada 2014. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan, berkata jualan itu berjaya diraih oleh 936 daripada 943 peserta program siri pertama dan kedua yang telah memulakan perniagaan.


TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan. - Foto Azhar Ramli

"Menerusi perniagaan yang diwujudkan ini, ia berjaya membuka 1,513 peluang pekerjaan," katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan seorang peserta TUBE di kedainya di sini, semalam.
Bagi program siri pertama, Ahmad berkata seramai 443 daripada 448 peserta telah menjalankan perniagaan dengan jumlah jualan RM17.8 juta. Katanya peserta program itu telah menjalani kursus berkaitan perniagaan selama tiga minggu di empat kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu di Bidor, Perak; Mantin, Selangor; Papar, Sabah; Sibu, Sarawak. Ahmad berkata seramai 495 peserta telah menjalani latihan dengan 493 daripadanya telah menjalankan perniagaan dan meraih jualan RM2.98 juta.
Mengenai program siri ketiga yang dilancarkan pada 1 Jun lalu, Ahmad berkata permohonan secara dalam talian dibuka kepada seramai 500 peserta, termasuk 50 orang dari Perak.

"Permohonan telah dibuka secara dalam talian bermula 1 Jun hingga 15 Jun, dan kita menggalakkan lebih ramai usahawan belia terutama dari Perak untuk memohon," katanya. Katanya peserta akan menjalani kursus dari 2 hingga 22 Oktober ini di 10 kem PLKN di seluruh negara, termasuk di Sabah, Kedah, Kelantan, Melaka dan Perak. Ahmad berkata pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu warga negara Malaysia bertaraf Bumiputera dan berumur antara 18 dan 30 tahun, mempunyai sijil kemahiran, belum memulakan perniagaan, sihat tubuh badan, tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah, bukan keluarga terdekat SME Corp Malaysia.

Program TUBE yang tercetus ketika Kongres Usahawan Muda Bumiputera yang dianjurkan oleh MITI pada 27 hingga 29 Mac 2014, adalah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang menyasarkan keusahawanan sebagai antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. - BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI