Bahasa: Lain-lain

TUBE Sedia 428 Peluang Kerja Kepada Anak Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) -- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) berjaya menyediakan sebanyak 428 peluang pekerjaan baharu kepada anak tempatan hasil perniagaan yang dijalankan bekas peserta program berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata ia adalah petunjuk positif terhadap perkembangan ekonomi negeri melibatkan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya golongan peniaga Bumiputera.

"Perkara ini dilihat penting kerana peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta secara relatifnya semakin mengecil dan berkurangan berbanding jumlah graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta.

"Kerajaan Terengganu juga terus memantau perkembangan peserta program ini melalui kerjasama dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan bantuan geran serta pinjaman modal juga diberi mengikut kelayakan dan kriteria yang ditetapkan," katanya kepada Bernama hari ini. 

Program TUBE yang diperkenalkan SME Corp Malaysia pada penghujung tahun 2014 mula menampakkan hasilnya terutama kepada usahawan belia Terengganu yang telah mencatatkan jualan sebanyak RM8.6 juta sepanjang hampir dua tahun pelaksanaannya.

Roslee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi berkata kumpulan pertama TUBE 1.0 yang membabitkan 114 peserta berjaya mencatat RM8.3 juta nilai jualan terkumpul sepanjang menjalankan perniagaan selama setahun. 

"TUBE 2.0 pula disertai seramai 50 orang yang mendaftarkan pendaftaran perniagaan mereka dan merekodkan jualan sebanyak RM300,000 untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini," katanya.

Secara keseluruhannya, dari 943 belia bumiputera yang menyertai TUBE 1.0 dan TUBE 2.0 di seluruh negara, sebanyak 99.2 peratus atau 936 daripada mereka telah berjaya memulakan perniagaan dengan jumlah keseluruhan nilai jualan dijana sejak Januari 2015 sehingga April 2016 mencecah RM20.78 juta.

Roslee berkata program yang memasuki tahun ketiga pelaksanaan itu kini memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk menjayakan TUBE 3.0 di seluruh negara.

"Bagi Terengganu sahaja, sebanyak RM750,000 diperuntukkan dalam bentuk geran yang disediakan untuk belia di negeri ini.

"Proses pengambilan akan bermula pada awal November 2016 yang mana peserta akan melalui ujian psikometrik dan sesi temuduga bagi memastikan peserta yang dipilih itu mempunyai ciri-ciri awal sebagai usahawan yang dikehendaki.

"Peserta yang disenarai pendek akan mula menjalani program TUBE 3.0 ini di Kem Progran Latihan Khidmat Negara  (PLKN) Padang Kacong, Marang, Terengganu pada awal November depan," katanya.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI