Bahasa: Lain-lain

188 PKS Terengganu Terima Geran SME Corp Bernilai RM25.3 Juta

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Sebanyak RM25.3 juta peruntukan geran SME Corp sudah diagihkan kepada 188 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Terengganu bagi membantu pembangunan usahawan sejak diperkenalkan pada tahun 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad berkata sehingga suku kedua tahun ini sahaja, SME Corp Terengganu telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.1 juta kepada 20 syarikat yang terlibat dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan makanan serta minuman.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 29 peratus peruntukan disalurkan kepada bidang perniagaan berasaskan makanan dan minuman, simen dan perkayuan (17 peratus), minyak dan gas (14 peratus) dan tekstil serta pakaian (11 peratus) manakala bakinya disalurkan untuk bidang lain.

"Setakat ini kesemua usahawan yang mendapat geran SME Corp menunjukkan prestasi pertumbuhan yang memberangsangkan, malah sentiasa memberi komitmen padu dalam apa sahaja usaha yang dijalankan untuk melonjakkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Geran Peningkatan PKS Terengganu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy dan Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim.

Nawi berkata geran yang diberikan itu akan meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat dengan mendapatkan mesin pengeluaran yang lebih canggih.

Selain itu, katanya, SME Corp Terengganu juga terus memantau perkembangan usahawan yang menerima bantuan geran ini secara berkala melalui Penarafan Daya Saing PKS bagi Penambahbaikan (SCORE) setiap tahun.

Menurutnya, program penarafan secara sistematik seperti itu boleh berfungsi sebagai petunjuk keupayaan dan kedudukan syarikat dan setiap cadangan penambahbaikan seterusnya akan disediakan dalam bentuk bantuan khusus bagi memudahkan aktiviti eksport.

Pada tahun ini juga, katanya, fokus pembiayaan diberikan kepada syarikat berstatus dua bintang, terutamanya perniagaan yang dimiliki oleh anak muda (B40) dan usahawan wanita yang mempunyai perniagaan berpotensi untuk dikembangkan menerusi pembiayaan ini.

"Syarikat anak muda disediakan pembiayaan awal modal perniagaan untuk tujuan pembelian peralatan, sewaan dan pengubahsuaian kilang, dan kerajaan juga turut bersedia mempertimbangkan keperluan-keperluan lain yang bersesuaian terutama dari segi aktiviti pemasaran dan promosi.

"Manakala bagi bagi syarikat yang dikategorikan sebagai tiga bintang dan ke atas, mereka ini akan dirangkaikan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi mendapatkan pembiayaan yang lebih besar dan bersesuaian dengan keperluan semasa syarikat," kata Nawi.

Memandangkan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan kelemahan nilai ringgit dan ditambah dengan persepsi pengguna yang masih rendah usahawan perlu berusaha menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti di samping mengautomasikan pengeluaran bagi meminimumkan kos operasi syarikat, katanya.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI