Bahasa: Lain-lain

Inisiatif Bionext Bantu Pertumbuhan PKS

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasar untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya saing, berdaya tahan serta dinamik, terutama dalam persekitaran perniagaan mencabar.

Sasaran itu disokong oleh inisiatif Bionext di bawah Program Berimpak Tinggi 5 (HIP 5) yang bertujuan memupuk dan mengintegrasikan pertumbuhan tinggi PKS Malaysia.

Antara PKS yang dipilih mendapatkan bantuan bagi inisiatif Bionext ialah Algaetech International Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Teknologi Malaysia.

Algaetech adalah syarikat pengeluar alga yang menghasilkan produk Astaxanthin dengan super antioksida, produk bernilai tinggi dengan potensi besar dalam pasaran.

Menerusi pelancaran kemudahan baharu Algaetech yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, syarikat itu bakal merealisasikan potensinya sebagai antara pengeluar alga terbesar.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) pembekalan produk berasaskan Astaxanthin bersama syarikat Indonesia, INAUNEW dan Bio-Life Marketing.

Majlis itu berlangsung di kemudahan baharu Algaetech di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Pengarah Urusan Algaetech, Datuk Paduka Syed Isa Syed Alwi.

(BHONLINE)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI