Bahasa: Lain-lain

Akta Pembangunan PKS pemangkin kemajuan ekonomi


TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, menyampaikan ucapan untuk berkongsi aspirasi kerajaan di dalam memastikan keterlibatan PKS Bumiputera di dalam proses pembangunan negara pada Sesi Townhall Bersama Ahli Persatuan Industri dan Dewan Perniagaan Bumiputera Wilayah Tengah di Auditorium SIRIM, Shah Alam. - Foto Faiz Anuar

 

SHAH ALAM: Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang bakal dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akhir tahun ini, dilihat akan membantu mengukuhkan sektor berkenaan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, berkata Rang Undang-undang (RUU) mengenai akta berkenaan sudah berada di peringkat akhir perundingan dengan beberapa pihak berkepentingan. "Menerusi akta ini, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) akan ditubuhkan dan berfungsi untuk menggalakkan pembangunan PKS; meluluskan dasar umum dan menyelia penyelarasan yang dibuat SME Corp Malaysia.

"Akta ini juga akan melihat pada kewujudan dana khas PKS serta terma pembayaran antara syarikat swasta, yang menempatkan barangan mereka dengan PKS," katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Umum bersama Dewan Perniagaan serta Persatuan Industri Bumiputera Wilayah Tengah, di sini, hari ini. Ahmad berkata, industri PKS merangkumi 97.3 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan di negara ini, membabitkan 645,136 entiti perniagaan berdaftar. "Daripada jumlah itu, sebanyak 77 peratus terbabit dalam perusahaan mikro. Sejumlah 90 peratus daripada pengusaha PKS di negara ini terbabit dalam sektor perkhidmatan, 5.9 peratus dalam sektor pembuatan, pembinaan (3 peratus) dan pertanian (1 peratus)," katanya. Sementara itu, kira-kira 400 orang peserta, terdiri daripada ahli persatuan industri dan Dewan Perniagaan Bumiputera di Wilayah Tengah serta agensi dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menghadiri sesi taklimat berkenaan.

Oleh kerana PKS Bumiputera di wilayah tengah merangkumi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan PKS di negara ini, Ahmad turut mendorong PKS untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan. "Kerajaan sudah memperuntukkan RM1.2 billion melalui 13 kementerian dan tiga agensi untuk melaksanakan program bagi PKS Bumiputera bagi memastikan mereka tidak ketinggalan," katanya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI