Bahasa: Lain-lain

PKS jana untung

 

Kuala Lumpur: Sektor keusahawanan Malaysia menunjukkan trend yang memberangsangkan sejak 2004 dengan kadar perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkat mengatasi pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Meskipun diduga dengan situasi ekonomi domestik dan global yang semakin mencabar, industri berkenaan kekal berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan KDNK 6.1 peratus pada 2015 berbanding pertumbuhan asas 7.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, sektor keusahawanan di Malaysia sentiasa menunjukkan transformasi apabila berkembang seiring kesedaran dan minat rakyat dalam menumpukan pekerjaan berteraskan perniagaan.

Beliau berkata, sedekad yang lalu industri berkenaan dipandang begitu saja tanpa mengetahui ia memberikan banyak manfaat yang dapat menjana lebih banyak keuntungan sekiranya ia dikendalikan dengan cekap.

Katanya, berdasarkan Kaji Selidik PKS Suku Pertama Tahun 2016 yang dilaksanakan oleh SME Corp (saiz sampel 2,176 PKS) menunjukkan prestasi perniagaan PKS bertambah baik pada suku pertama 2016 iaitu lebih banyak responden mengalami peningkatan jualan dan keuntungan berbanding kajian lalu.

“Kami mesti memberi peluang kepada industri keusahawanan tumbuh dengan pesat kerana ia antara nadi utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Setiap aspek perlu dinilai dengan teliti dalam merancakkannya sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“Jadi, dengan pelbagai evolusi ekosistem perniagaan pada masa ini, saya yakin PKS akan memacu serta menjana lebih banyak kelebihan dan keuntungan buat Malaysia dari tahun ke tahun, sekali gus mencapai negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.

Selain itu, pembangunan PKS di Malaysia lebih berstruktur dan terselaras hasil daripada komitmen kerajaan khususnya melalui penubuhan MajlisPembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) memberi kelebihan kepada PKS di Malaysia berbanding PKS serantau.

Hafsah berkata, melangkah ke hadapan, trend utama yang bakal mengubah perniagaan seluruh dunia termasuklah Revolusi Industri 4.0, iaitu gabungan pendigitalan dan teknologi yang membawa kepada pertumbuhan syarikat teknologi kewangan, penganalisis data besar dan e-dagang serta integrasi serantau dan pembukaan pasaran.

“Apabila memasuki era baru ini, PKS perlu menyesuaikan diri dan merebut peluang dalam meraih manfaat kerana ia akan menjadi landskap perniagaan terkini yang memberikan lebih banyak akses kepada pasaran baru di seluruh dunia.

“Malah, dengan kewujudan integrasi perdagangan seperti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun ini dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 2018, ia akan mengembangkan potensi saiz pasaran kepada lebih satu bilion bagi PKS tempatan,” katanya.

Katanya, PKS juga tidak seharusnya mudah berasa selesa dan perlu bangkit bersaing di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama terus mengekalkan identiti Malaysia menerusi inovasi dan kreativiti.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 7:22 AM

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI