Bahasa: Lain-lain

Pengurusan rantaian bekalan kukuhkan PKS

Pengurusan rantaian bekalan kukuhkan PKS

 

 

 

DATUK Dr Hafsah Hashim. - Foto Halim Salleh

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim, berkata bagi menyokong pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), pengetahuan dalam aspek rantaian bekalan dan logistik adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan PKS.

Berikutan itu, katanya, satu perjanjian persefahaman (MoU) antara SME Corp dan Malaysia Institute for Suply Chain Innovation (MISI) dimeterai dalam usaha memberi pendedahan berkaitan, sekali gus memperkukuhkan PKS Malaysia.

"Kerjasama SME Corp dan MISI ini akan membantu memperkemaskan aspek rantaian bekalan dan logistik PKS.

"Ini akan memperkukuhkan PKS dalam menghadapi ekonomi digital," katanya kepada media selepas majlis memeterai MoU SME Corp dan MISI, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MISI, Prof Dr David Gonsalvez.

Hafsah berkata, sebagai permulaan, program memberi pendedahan pertama akan dilaksanakan pada September ini, membabitkan bidang peranti perubatan dan aeroangkasa.

"Ia akan menjadi pemangkin kepada bidang ekonomi lain dalam memperkemaskan sistem operasi mereka.

"Kita sudah berbincang dengan MISI sejak lebih setahun sebelum ia dilaksanakan secara mutlak dalam masa terdekat," katanya.

INFO:

* Lebih 650,000 syarikat di Malaysia adalah PKS

* PKS mewakili lebih 98 peratus daripada perniagaan di Malaysia

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI