Bahasa: Lain-lain

Minggu PKS 2017: SME Corp sasar jualan RM12 juta

Minggu PKS 2017: SME Corp sasar jualan RM12 juta

 

 

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan untuk meningkatkan nilai jualan daripada Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017 kepada RM12 juta berbanding RM8.26 juta pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Hafsah Hashim, berkata sasaran itu akan dipacu oleh penyertaan daripada penggiat beli-belah dalam talian yang baharu seperti Lazada, 11street dan Google, selain pasar raya besar sedia ada seperti Giant, Tesco, Lulu, Mydin dan Aeon.

KETUA Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr Hafsah Hashim. - Foto Aswadi Alias

Beliau juga berkata nilai jualan yang dijangka pada tahun ini adalah berdasarkan kepada peningkatan jualan pada 2016 yang meningkat 39 peratus kepada RM8.26 juta berbanding RM3.64 juta pada 2015.

"Sepanjang Minggu PKS dari 5-26 Mei, akan terdapat sesi padanan perniagaan antara PKS, penggiat dalam talian dan pasar raya besar, untuk mendapatkan pembekal baharu.

"Kami juga akan mengadakan acara latihan tentang cara memasarkan produk PKS dengan cekap melalui platform dalam talian, yang termasuk fotografi, pembungkusan, gudang dan logistik.

"PKS akan mendapati ia bermanfaat berikutan produk mereka bukan hanya boleh didapati dalam pasaran domestik, tetapi juga di peringkat global dengan kadar segera," katanya pada taklimat media mengenai acara itu.

Kaji selidik terkini SME Corp pada 2016 menunjukkan 32 peratus daripada PKS telah menceburi dalam talian dengan kebanyakannya beralih kepada barangan pengguna seperti makanan, barangan runcit dan pakaian, daripada hanya enam peratus pada 2010.

Hafsah berharap menjelang 2020, 50 peratus daripada PKS telah menyertai pasaran dalam talian.

Mengenai potensi jualan PKS, katanya trend itu juga sejajar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada RM60.03 juta pada 2015 kepada RM72.8 juta pada 2016.

Katanya, sasaran jualan yang berpotensi bagi tahun ini ditetapkan sebanyak RM82 juta.

Minggu PKS 2017 adalah kerjasama dengan 18 kementerian dan 65 agensi, akan dilancarkan di Terengganu pada 18 Mei, dan menampilkan lebih 3,000 peserta pameran dengan 307 aktiviti dan lebih 550,000 pengunjung dari seluruh negara dijangka menghadiri acara itu.

Pada 2016 dan 2015, acara tahunan itu, masing-masing mencatatkan seramai 2,677 dan 1,314 peserta pameran dengan 291 dan 168 aktiviti.

"Acara ini juga bertujuan menyediakan peluang kepada PKS, pada masa sama, menyepadukan program Kerajaan Persekutuan dan negeri ke arah meningkatkan potensi dan prospek sektor itu dalam membangunkan ekonomi negara.

"Kami telah menyusun aktiviti PKS yang berterusan sepanjang 2017 sejajar dengan tahun promosi PKS dan syarikat baharu," kata Hafsah. - BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI