Bahasa: Lain-lain

SMIDEX 2017 sasar potensi perniagaan RM555 juta

KETUA Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr Hafsah Hashim (tengah) bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat SME Corp, Czarif Chai Abdullah (kiri) dan Pengarah Komunikasi Strategik SME Corp, Mimi Razidah Abd Razak melancarkan program persidangan SMIDEX 2017. - Foto Halim Salleh

 

KUALA LUMPUR: Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 (SMIDEX 2017) dijangka meraih potensi perniagaan menjangkau RM555 juta, berbanding RM529 juta yang dicatat tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Dr Hafsah Hashim, berkata jumlah itu berupaya dicapai berdasarkan momentum SMIDEX 2016 yang menyaksikan kadar penjanaan potensi perniagaan melangkaui sasaran awal.

Katanya, selaras penganjuran edisi ke-20, pameran berskala besar itu bakal menampilkan beberapa tarikan dan pembaharuan baharu, mencakupi pengisian program berteraskan minat golongan muda serta penerokaan peluang perniagaan daripada sektor digital.

"Kita mahu tingkatkan penyertaan usahawan muda dan menggilap bakat pemimpin generasi pelapis, justeru untuk kali pertama kalinya, SMIDEX menganjurkan program 'WhaddaHack'.

"Ia adalah program yang akan berlangsung selama 22 jam tanpa henti, iaitu mulai 12 tengah hari pada 15 November hingga 10 pagi keesokan harinya.

"Kita mahu peserta melontarkan pelbagai buah fikiran melangkaui sempadan akal, sejajar temanya 'crazy ideas, big changes'," katanya pada sesi taklimat media sempena SMIDEX 2017 dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017, di sini, hari ini.

Pasca program itu, Hafsah berkata, SME Corp akan memainkan peranan untuk merealisasikan idea yang diketengahkan tiga pemenang utama, termasuk menjadi pemudah cara dalam menjalin hubungan dengan kementerian atau agensi berkaitan.

"Oleh itu, kita harap peserta akan perah kreativiti dan imaginasi mereka dalam merangka program penyelesaian, sama ada menerusi bentuk aplikasi atau gabungan pelbagai elemen," katanya.

Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat SME Corp, Czarif Chai Abdullah, berkata Persidangan PKS 2017 pula akan menampilkan barisan pembahas merangkumi pelbagai bidang dan latar belakang.

Beliau berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut berkenan menjadi pembahas pada sesi ceramah makan tengah hari diraja yang dijadual pada 15 November ini.

"TMJ akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Staying on top of your game', justeru orang ramai dinasihatkan untuk tiba lebih awal di MITEC bagi melancarkan perjalanan program.

"Pembahas lain adalah jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang atau 'The Pocket Rocketman' yang akan menyampaikan ceramah berunsur inspirasi, sekali gus membantu memupuk daya saing dalam kalangan penggiat PKS tempatan.

"Setakat ini, 350 daripada 500 slot penyertaan bagi Persidangan PKS 2017 sudah diisi, justeru orang ramai yang ingin mendaftarkan diri perlu berbuat demikian secepat mungkin," katanya.

INFO
Persidangan PKS 2017 (15 dan 16 November 2017)

  • Menawarkan 500 slot penyertaan
  • Hanya tinggal 150 slot
  • 5 sesi
  • 5 moderator
  • 11 panelis
  • 2 sesi syarahan

SMIDEX 2017 (15 - 17 November 2017)

  • 326 pempamer
  • Disertai 26 syarikat utama negara
  • 130 PKS
  • 300 sesi padanan perniagaan
  • Sasaran potensi jualan, RM555 juta
  • Disertai 35 Syarikat Multinasional (MNC)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI