Bahasa: Lain-lain

PKS Perlu Tingkatkan Produktiviti, Sumbangan Kepada Ekonomi - Najib

 

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkanpengeluaran serta sumbangan kepada ekonomi sekurang-kurangnya sebanyak lapan peratus, dalam usaha mencapai sasaran sumbangan 41 peratus kepada ekonomi menjelang 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu melaksanakan transformasi ke atas PKS memandangkan sektor itu akan menjadi pemacu ekonomi dari segi mewujudkan kekayaan dan peluang pekerjaan.

Setakat ini, sumbangan PKS kepada ekonomi adalah sebanyak 36.9 peratus.

"Saya tidak mahu PKS berada di tahap yang lama. Kita mahu PKS ditransformasikan dan atas faktor itulah mengapa kita menyediakan peruntukan terbesar iaitu RM22.2 bilion (dalam Bajet 2018).

"Saya mahu PKS menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan perluasan, pemula niaga, eksport dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0," katanya semasa sesi 'town-hall' sempena perasmian Persidangan PKS dan Pameran Tahunan PKS 2017 di sini, hari ini.

Sesi itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI