Bahasa: Lain-lain

SMIDEX 2017 sasar nilai transaksi RM555 juta

Datuk Dr. Hafsah Hashim (kiri) ketika ditemubual

 

KUALA LUMPUR 16 Nov. - SME Corp. Malaysia (SME Corp) yakin Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 (SMIDEX 2017) yang sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) mampu mencapai RM555 juta nilai transaksi berbanding RM529 juta tahun lalu.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr. Hafsah Hashim berkata, sasaran tersebut mampu dijana menerusi rundingan perniagaan sesama peserta yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat gergasi.

"SMIDEX 2017 bakal menjadi saluran bagi PKS untuk menunjukkan keupayaan dan kesediaan mereka menembusi pasaran serantau dan global.

"Lebih 300 peserta pameran termasuk PKS, syarikat multinasional, badan kerajaan, agensi tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam pameran kali ini," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Hafsah memberitahu, selain daripada pameran produk, beberapa aktiviti menarik termasuk sesi 'pocket talk', pertandingan WhaddaHACK, ramah mesra bersama barisan pelakon Chor dan Chah dan acara kemuncaknya adalah makan malam Anugerah Enterpris 50 yang akan berlangsung esok.

Persidangan kali ini juga katanya turut memberi sedikit kelainan apabila Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peserta menerusi sesi Royal Luncheon Talk.

SMIDEX 2014 ke-20 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/video-smidex-2017-sasar-nilai-transaksi-rm555-juta-1.554060#ixzz4yeLMkV2V 
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI