Bahasa: Lain-lain

Usahawan Terengganu terjejas banjir disaran mohon kemudahan dana kecemasan PKS

Usahawan Terengganu terjejas banjir disaran mohon kemudahan dana kecemasan PKS

Semua usahawan Perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) Terengganu yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir boleh memohon Dana Kecemasan PKS diwujudkan SME Corp Malaysia dan Malaysia Industrial Development Finance (MIDF).

 

EXCO Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri Terengganu YB Nawi Mohamad berkata dana tersebut ditubuhkan sebagai satu langkah proaktif oleh pihak kerajaan agar usahawan PKS yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir dapat beroperasi semula.

Tambahnya dana tersebut disalurkan dalam bentuk Skim Pinjaman Mudah dan Geran kepada PKS yang terjejas perniagaannya untuk pembiayaan pembelian mesin dan peralatan, pembelian bahan mentah atau stok serta pembiayaan pembaikan premis perniagaan.

‘Dana Kecemasan PKS itu merangkumi semua sektor ekonomi dengan pinjaman bermula daripada RM50,000 hingga maksima RM100,000 di mana pembiayaannya sehingga 90 peratus daripada kos-kos pembelian mesin dan peralatan, pembelian bahan mentah atau stok serta pembiayaan pembaikan premis perniagaan yang akan diuruskan oleh MIDF’.

‘Manakala bagi pembiayaan geran, SME Corp menyediakan sebanyak RM20,000 bagi setiap PKS untuk membaiki peralatan yang rosak dan mengubahsuai premis yang terjejas akibat banjir’.

‘Kita berharap dana berkenaan akan dapat meringankan beban dan kesengsaraan dialami pengusaha PKS selain membantu agar operasi serta perjalanan syarikat dapat diteruskan seperti biasa’.

‘Setakat ini, sebanyak RM 160,000.00 dalam bentuk geran telahpun disalurkan yang memberi manfaat kepada 16 PKS di Terengganu’, katanya merasmikan Karnival Usahawan Terengganu 2017 di Kuala Terengganu semalam.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI