Bahasa: Lain-lain

RM15.9 juta bantu usahawan belia Terengganu

 

MARANG – Kerajaan negeri melalui Majlis Sekratariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) memperuntukkan sebanyak RM16.2 juta bagi membantu 542 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu pada tahun lepas dalam usaha mewujudkan daya maju usahawan belia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad berkata umlah berkenaan membabitkan usahawan belia yang dibantu menerusi SME Corp. Malaysia, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhg (PUNB) dalam bentuk geran dan pinjaman sebagai teras pembangunan keusahawanan Terengganu.

Katanya, dalam usaha membantu meningkatkan keupayaan kemahiran keusahawanan itu, 489 latihan dan bengkel diadakan membabitkan 36,783 usahawan Terengganu.

“Pelbagai inisiatif pembangunan usahawan belia dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menghargai dan menyerlahkan potensi golongan ini.

“Kerajaan juga menyedari aspek pasaran penting dalam membantu daya maju perniagaan terutama memperoleh pasaran baru.

“Sebanyak 262 aktiviti promosi PKS melibatkan 19,753 usahawan dibantu untuk memperkenalkan produk mereka dan impaknya, jualan mereka meningkat sehingga 25 peratus,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian TUBE Peringkat Negeri Terengganu di Kem PLKN Padang Kacong, di sini semalam.

Nawi berkata, melalui pengumuman Bajet Terengganu 2018, sebanyak RM 1.2 juta disediakan di bawah Program Transformasi Belia Niaga (TBN) melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) buat usahawan muda di negeri Terengganu dalam mengusahakan bidang perniagaan yang mereka minati secara atas talian.

Katanya, dana ini disediakan khas kepada golongan belia yang berumur antara 21 tahun hingga 35 tahun terutama syarikat permulaan, yang telah melaksanakan operasi perniagaan mereka sekurang-kurangnya 12 bulan.

“TBN dilaksanakan melalui kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama semua agensi terlibat dengan keusahawanan termasuk latihan, khidmat nasihat serta pinjaman.

“Dana yang bakal disalurkan adalah dalam bentuk peralatan dan kemudahan seperti Komputer dan internet percuma selama enam bulan dengan kadar geran sehingga RM10, 000.00,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini juga, SME Corp. Terengganu memperuntukkan geran perniagaan berjumlah RM1.9 juta menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kepada 133 usahawan belia Bumiputera di negeri ini.

“Program yang diperkenalkan sejak 2014 itu bukan sahaja membantu peserta memulakan perniagaan, malah memperoleh manfaat menerusi Persatuan TUBE di setiap negeri serta perkongsian pengalaman bersama alumni TUBErs sedia ada dalam menjalankan perniagaan.

“Inisiatif itu mendorong lebih ramai generasi muda memilih bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai kerjaya. Kerajaan mensasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan belia Terengganu menjelang tahun 2020 di negeri ini melalui program TUBE ini,” katanya.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI