Bahasa: Lain-lain

MHE 2019 platform bantu PKS masuk pasaran Jepun

KUALA LUMPUR: Ekspo Halal Malaysia 2019 (MHE 2019) akan menjadi platform bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menembusi pasaran Jepun menjelang Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Bertemakan “Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020”, ekspo itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24-26 Januari ini.

Dalam satu kenyataan, penganjur MHE 2019, SME Corporation Malaysia (SME Corp) berkata, acara itu akan memaparkan 320 gerai pameran oleh usahawan eksport dalam pelbagai industri termasuk makanan dan minuman, alat solek, kandungan halal, logistik, bioteknologi, farmaseutikal serta penjagaan diri.

Antara tumpuan adalah Pocket Talk, yang akan menyaksikan wakil daripada sektor kerajaan dan swasta berkongsi pengetahuan serta kemahiran berhubung pasaran Jepun, selain aliran perniagaan terkini juga keperluan dalam menjalankan perniagaan di Jepun.

Antara acara tahun ini adalah ceramah oleh Bank Negara Malaysia berkaitan “Akses kepada pembiayaan untuk PKS”, diikuti forum menampilkan EXIM Bank, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan SME Bank bertajuk “Pembiayaan untuk Eksport”.

Dua PKS Malaysia, Dr Aisha Solution dan Nani’s Frozen Food Products akan berkongsi pengalaman mereka memasuki pasaran Jepun dalam forum bertajuk “Berkongsi Perjalanan Perniagaan ke Jepun”.

Pocket Talk MHE 2019 juga meliputi topik seperti “Senarai Semak Perniagaan ke Jepun” oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), “Membawa Produk Halal Melalui Fungsi Pintar” oleh BCA Group dan “Halal Boleh Dijual” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ia juga akan memaparkan ceramah “Pasaran dan Halal Jepun” oleh Muslim Professional Japan Association, “Pembiayaan Teknologi Halal” oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia dan “Memahami Produk Anda dan Pasaran untuk Tokyo 2020 dan Seterusnya” oleh Acrosx Japan Inc.

MHE 2019 dibuka kepada umum dan masuk adalah percuma. - BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI