Bahasa: Lain-lain

Jengah pasaran Eropah Timur

 

 

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) merancang untuk meningkatkan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan meneroka pasaran di Eropah Timur seperti Balkan dan juga negara di sepanjang Laluan Sutera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, sebagai agensi penyelaras PKS, insiatif pasaran baharu itu bagi meningkatkan sumbangan eksport dapat berkembang kepada 23 peratus pada 2020 berbanding 17 peratus ketika ini.

Beliau berkata, usaha menembusi pasaran baharu itu penting kerana ia dapat membangunkan ekonomi dari peringkat usahawan seterusnya kepada negara.

“Untuk melaksanakannya, kami melihat perlu ada inisiatif ke arah mempromosikan aktiviti serta perniagaan dijalankan usahawan tempatan ke peringkat global.

“Dalam hal ini, SME Corp yakin dengan pasaran baharu seperti di negara Balkan serta negara di sepanjang Laluan Sutera yang mampu mewujudkan lebih banyak peluang.

“Antaranya termasuk program seperti padanan perniagaan syarikat PKS Malaysia dengan pelabur tempatan yang berminat untuk menjalin kerjasama strategik,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Selain itu, katanya, bagi meningkatkan pemasaran bagi produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, SME Corp turut menjalin kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan EXIM Bank.

Menurutnya, ia bagi mewujudkan program yang dikenali sebagai program Galakan Ekport Bumiputera (GEB) bertujuan membantu meningkatkan keupayaan praeksport syarikat PKS Bumiputera.

“Ia juga untuk menambah bilangan PKS Bumiputera yang menembusi pasaran luar dan mewujudkan rantaian rangkaian dan bekalan dalam kalangan PKS,” katanya.

Tambahnya, program itu mampu bertindak sebagai pemangkin pembabitan syarikat PKS Bumiputera untuk merebut peluang memperluaskan pasaran di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

“Program ini dilaksana dengan kerjasama Persatuan atau Dewan Perniagaan Bumiputera aktif sedia ada.

“Malah, bantuan turut diberikan untuk pensijilan bagi tujuan eksport, promosi dan pengiklanan serta kajian pasaran bagi tujuan meneroka pasaran baharu,” katanya.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI