Bahasa: Lain-lain

Sasar lebih banyak pendigitalan PKS

 

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) menjangkakan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan beralih kepada pendigitalan perniagaan menjelang 2024 berbanding 32 peratus ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, SME Corp sedang mempergiatkan mengumpul beberapa pembekal perkhidmatan bagi membantu PKS menerima pakai pendigitalan di dalam operasi mereka.

 

“Kami sudah bertemu 10 pembekal perkhidmatan yang boleh membantu pendigitalan PKS. Dalam era digital ini, kami mahu PKS mula menggunakan teknologi digital, sekurang-kurangnya sistem berasaskan awan atau sistem tempat jualan (POS) bagi membolehkan mereka menyimpan data pembeli dan melakukan analisis,” katanya pada taklimat media bagi Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di sini, semalam.

 

Berdasarkan perangkaaan terkini, terdapat 907,065 PKS yang merangkumi kira-kira 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di negara ini dan ia menyumbang sebanyak 37.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 66 peratus kepada guna tenaga dan 17.3 peratus kepada eksport.

Sementara itu, Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 dijangka mencatatkan jualan tunai RM5 juta melalui penganjuran pameran dan karnival jualannya serta berpotensi menjana RM25 juta melalui aktiviti padanan perniagaan.

Noor Azmi berkata, acara yang dijalankan di seluruh negara berdasarkan wilayah itu akan bermula di Sibu, Sarawak pada 12 hingga 14 Julai ini, Alor Setar, Kedah (24 hingga 28 Julai); Kuantan, Pahang (26 hingga 28 Julai) dan Tangkak, Johor (1 hingga 4 Ogos).

“Untuk lima zon wilayah ini, kami menjangkakan 800 pempamer akan mengambil bahagian untuk promosi produk dan perkhidmatan serta 300,000 pengunjung akan datang ke acara ini,” katanya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI