Bahasa: Lain-lain

Tubuh dana bantu PKS ASEAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan pembentukan dana pelaburan pembangunan bersama di peringkat ASEAN bertujuan memberi bantuan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata anggota negara ASEAN mungkin boleh meneroka kemungkinan penubuhan dana berkenaan bagi membantu meningkatkan pertumbuhan PKS di rantau ini.

"Jika penubuhan dana ini boleh menjadi bukti di masa depan sebagai penggalak untuk mewujudkan rantaian bekalan global dan membantu meningkatkan sumbangan PKS terhadap ekonomi serantau. Saya fikir mereka patut mempertimbangkan cadangan ini secara serius," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bengkel akses PKS ke sumber pembiayaan alternatif dalam ASEAN di sini, hari ini.

Hadir sama ialahj Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Julia G Bentley dan Ketua Pegawai Pembangunan Ekosistem SME Corp Malaysia, Mohd Rithaudden Makip.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Mohd Redzuan berkata, kerajaan sepanjang beberapa tahun iniu telah mengenalpasti pelbagai elemen yang diperlukan untuk perniagaan berkembang.

Katanya, ia termasuk pembinaan kapasiti, guna pakai teknologi bagi meningkatkan produktiviti, pembangunan dan latihan modal insan, inovasi dari segi produk dan pemprosesan, akses ke pasaran dan ke pembiayaan.

"Daripada semua elemen ini, akses kepada pembiayaan dilihat sebagai yang paling penting memandangkan pembiayaan diperlukan bagi menyelesaikan kebanyakan isu lain.

"Dalam hal ini, saya memuji Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), yang telah menjadi rakan penting dalam membantu kerajaan Malaysia merangka dasar berasaskan bukti bagi mempromosikan akses kepada pembiayaan untuk PKS tempatan dan juga menanda aras prestasi kami berbanding rakan negara lain," katanya.

Bengkel selama dua hari itu menampilkan 37 penceramah dari negara ASEAN dan dihadiri lebih 100 peserta dari sektor awam dan swasta untuk membincangkan pembangunan pasaran dan dasar bagi mekanisme pembiayaan alternatif PKS di Asia Tenggara.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI