Bahasa: Lain-lain

PKS ketinggalan akibat kurang penggunaan digital

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Kekurangan penggunaan digital menyebabkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara ini ketinggalan di rantau ini, kata Pengasas bersama Fave Asia Technologies Sdn Bhd, Yeoh Chen Chow.

Beliau berkata PKS perlu mengikuti perkembangan teknologi baharu dan pendigitalan, yang boleh menjimatkan masa untuk mencapai sasaran jualan dan keuntungan.

Yeoh berkata PKS menghadapi cabaran seperti berurusan dengan kaedah pembayaran pengguna baharu, proses manual tidak cekap dan pelbagai pesaing tanpa ada cara untuk membezakan perniagaan mereka.

"Kita harus memikirkan cara untuk menggunakan teknologi digital bagi menyelesaikan masalah, untuk menjadikan urusan lebih mudah, lebih murah, lebih baik dan lebih pantas," katanya kepada Bernama di luar Persidangan Keusahawanan Pengilang Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Yeoh berkata PKS boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pertumbuhan mereka dan menjadi usahawan yang lebih baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Noor Azmi Mat Said berkata para usahawan perlu menginovasikan perniagaan mereka untuk kekal dalam pasaran.

Beliau berkata revolusi industri melibatkan inovasi dalam menghadapi cabaran seperti mengurangkan kos manakala pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk.

"Inovasi sangat penting kerana ia akan memastikan kelestarian perniagaan," katanya.

-- BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI