Bahasa: Lain-lain

Pelan mitigasi bantu survival PKS

Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia akan melaksanakan pelan mitigasi bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) jika penularan koronavirus baharu semakin membimbangkan sehingga menjejaskan pretasi ekonomi industri itu. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Noor Azmi Mat Said berkata, sebagai

agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PKS, ia akan bekerjasama dengan kerajaan serta agensi berkaitan dalam penyediaan pelan itu sekiranya perlu. “Penularan koronavirus ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap industri PKS terutama kepada sektor pelancongan

dan peruncitan. “Sebagai contoh, sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, industri pelancongan menerima impak seperti pembatalan tempahan daripada pelanggan yang ingin mengelak risiko koronavirus,” katanya.Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata, SME Corp juga akan melaksanakan beberapa

program dan aktiviti bagi memastikan industri PKS dapat membantu kerajaan mencapai KDNK yang disasarkan. “Program akan dilaksanakan dengan kolaborasi bersama agensi berkaitan dalam membangunkan industri PKS untuk memastikan kita dapat mencapai sasaran,” katanya. - Bernama

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI