Bahasa: Lain-lain

Program Tunas Usahawan Belia Desa diperkenal

Ipoh: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memperkenalkan program Tunas Usahawan Belia Desa bagi membantu generasi muda luar bandar terutamanya golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) memulakan perniagaan masing-masing. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata program itu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat hampir sama pelaksanaan konsep Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan muda bagi menambah baik kualiti hidup golongan berkenaan.

“Saya mengeluarkan arahan supaya kementerian melaksanakan skim khusus untuk golongan muda luar bandar berkecimpung dalam aktiviti keusahawanan yang mana mereka berminat akan menjalani latihan selama lima minggu sebelum memulakan perniagaan, ” katanya selepas Program Sembang Santai Ramah Mesra dan Walkabout Bersama Menteri dengan usahawan Bumiputera, semalam. BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI