SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Huawei Malaysia Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi membangunkan program Penerapan Inovasi & Teknologi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME AI. Program itu bertujuan memacu PKS ke arah pendigitalan dengan memanfaatkan pengalaman digital Huawei bagi menjana pertumbuhan lebih mapan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said, berkata SME Corp dan Huawei akan bekerjasama erat bagi membangunkan program yang memberi impak untuk mempermudah aspek penerimaan dan pelaksanaan PKS dalam inisiatif pendigitalan.
“Program berkaitan seperti ‘Training-of-Trainers’ akan dilaksanakan untuk memupuk dan melahirkan pakar berkaitan sebagai penasihat dalam penerimaan dan inovasi dalam kalangan PKS,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan, berkata syarikat itu akan menyediakan kepakaran dalam perkara berkaitan, penyelesaian digital dan sokongan teknikal bagi membolehkan kalangan perniagaan menerapkan penyelesaian digital yang inovatif dengan menggunakan Huawei Cloud iaitu platform terbuka dan teknologi pengkomputeran Awan AI. BERNAMA
Program akan dilaksanakan untuk memupuk dan melahirkan pakar berkaitan sebagai penasihat dalam penerimaan dan inovasi dalam kalangan PKS. Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp