Bahasa: Lain-lain

MEDAC lancar dua program baharu PKS tingkatkan akses pembiayaan & pasaran

 

KUALA LUMPUR, 30 Jan  -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) melancarkan dua program baharu iaitu ‘SMEs Go Global’ dan ‘SME Co-Investment Partner’ (SCIP) untuk meningkatkan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada pembiayaan dan pasaran.

Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, program tersebut sejajar dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di bawah Teras Ekosistem Perniagaan dan Industri yang bermatlamat meningkatkan sumbangan PKS kepada 50 peratus dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata ia turut selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang bertujuan meningkatkan akses kepada pembiayaan, membangunkan sistem inklusif kewangan holistik untuk PKS , menyediakan kemudahan ke arah inovasi dan pendigitalan serta pengantarabangsaan PKS.

 

“Program berkenaan diharapkan dapat menjadi pemangkin dalam mencapai sasaran DKN2030 bagi meningkatkan sumbangan PKS kepada jumlah eksport keseluruhan negara daripada 17.3 peratus (2018) kepada 30 peratus pada 2030,” katanya ketika melancarkan program berkenaan di sini, hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama di antara SME Corp dengan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd.

Turut hadir Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi; Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshi; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Azmi Mat Said; dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan.

Sementara itu, Azmi berkata SCIP yang memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM15 juta, merupakan inisiatif pembiayaan bersama kerajaan dan swasta.

“Program ini setakat ini menyenaraikan empat firma pengurusan dana sebagai rakan kongsi pelaburan. Selepas ini diharapkan lebih ramai lagi pelabur akan tampil untuk bekerjasama dengan PKS di peringkat awalan ini.

“SCIP menawarkan pembiayaan ekuiti dan hutang, mensasarkan PKS peringkat permulaan yang beroperasi di antara satu dengan tiga tahun di dalam semua sektor termasuk firma peniagaan kecil yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, inovatif dan juga syarikat dalam bidang baharu,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, SME Corp melalui program pelaburan yang hampir sama, Program Rakan Kongsi Pelaburan PKS (SIP), telah menyediakan dana sebanyak RM90 juta, tetapi terhad kepada hanya dua rakan kongsi, skop dan keutamaannya.

“Kita akan melihat kemajuan SCIP, sekiranya dananya cepat digunakan, ada kemungkinan kedua-dua program ini akan disatukan.

“Kami mensasarkan sepuluh pelaburan tahun ini dalam jumlah nilai RM500,000 hingga RM3 juta setiap satu bergantung kepada keperluan,” katanya.

Mengenai program Go Global, Azmi berkata skopnya meliputi persediaan produk pra-eksport, penyertaan di dalam pasaran dalam talian di negara pasaran, aktiviti logistik dan rantaian pasaran, pembuatan protaip dan sebagainya.

“Bagi Go Global, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjalankan pelbagai program dan SME Corp merancang menjalankan 40 program bagi tahun ini, bagi membangunkan dan mengantarabangsakan usahawan serta meningkatkan eksport negara,” katanya.

Menjelaskan mengenai kerjasama dengan Huawei, Azmi berkata bagi memperkasakan PKS ke arah menyertai Industri 4.0, PKS perlu melaksanakan pendigitalan.

“Kolaborasi bersama Huawei akan membantu mempercepatkan proses digitalisasi ini. Ia bertujuan membangunkan kepakaran tempatan menerusi penggunaan teknologi dan platform Huawei.

“Skop kerjasama merangkumi penyediaan khidmat nasihat dan sokongan teknikal, penyelesaian digital serta strategi dan amalan terbaik dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI