Bahasa: Lain-lain

PKS harus cekal hadapi cabaran ekonomi - Presiden Dunia BrandLaureate

PKS harus cekal hadapi cabaran ekonomi - Presiden Dunia BrandLaureate
Dr KK Johan pada majlis Anugerah Sepanjang Dekad Jenama Terbaik PKS BrandLaureate di sini, Jumaat malam. - BERNAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus cekal menghadapi pelbagai cabaran mendatang, kata Presiden Dunia BrandLaureate Dr KK Johan.

Beliau berkata PKS yang merupakan tulang belakang ekonomi negara telah melalui pelbagai kesukaran dan rintangan terutamanya dalam beberapa bulan lepas apabila ekonomi jatuh dan sentimen perniagaan lemah.

 
"Dan sekarang dengan penularan COVID-19, setiap perniagaan terjejas teruk olehnya," katanya pada majlis Anugerah Sepanjang Dekad Jenama Terbaik PKS BrandLaureate di sini, Jumaat malam.

Johan berkata walaupun menghadapi cabaran beliau berkata PKS tetap teguh dan berdaya tahan mengharunginya demi memastikan kelestarian jenama mereka.

Johan juga menggalakkan PKS melangkah ke dekad baharu dengan menjadikan jenama mereka lebih mantap dan menyerlah dan mempunyai penetapan minda yang betul untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

"Bangkitlah, beranikan diri dan tanamkan azam. Serlahkan jenama anda pada tahun 2020. Setiap langkah yang anda buat menentukan di mana jenama anda akan berada kelak," katanya.

Dianjurkan oleh The World Brands Foundation, ia adalah satu-satunya yayasan penjenamaan di dunia. Anugerah Sepanjang Dekad Jenama Terbaik PKS BrandLaureate meraikan industri PKS terbaik bertema 'What Does It Take To Be?'.

Pada majlis tersebut, lebih 50 syarikat dan individu menerima Anugerah BrandLaureate yang dibahagikan kepada enam kategori, termasuk Brand Champion of The Decade Awards 2020 Man of The Year, Brand Builder of the Decade Awards 2020 dan Champion of The Decade Awards 2020 Brand of The Year.

Kategori lain adalah Most Valued BestBrands of the Decade Awards 2020, SMEs Strategic Business Partners of The Decade Awards 2020 dan BestBrands of The Decade Award 2020.

Sementara itu bagi The BrandLaureate SMEs Most Valued BestBrands of the Decade Awards 2020 pula, penerimanya ialah Brickfields Asia College, Bidor Kwong Heng, Q-Dees, Seamaster Paint dan SA Travel.

Penyampaian anugerah itu diikuti oleh SMEs Strategic Business Partners of The Decade Awards 2020, anugerah berkenaan memberi penghargaan kepada organisasi yang telah menjadi pemacu utama dalam memupuk dan menyokong PKS mengembangkan perniagaan mereka.

Penerima anugerah tersebut ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Malaysian Technology Development Corp Sdn Bhd, SME Corp Malaysia dan Halal Development Corp Bhd.

-- BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI