Bahasa: Lain-lain

Tingkat upaya PKS

Oleh Sri Ayu Kartika Amri Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Kuala Lumpur SME Corp Malaysia (SME Corp) komited meningkatkan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pelaksanaan dua program baharunya, Program Business Scale-Up (Biz-Up) dan Program Global SME Masterclass 2020 (GSM 2020).Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) itu memperkenalkan program terbabit selaras dengan usaha Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi negara.“Program Business Scale-Up (Biz-Up) adalah program bantuan bersepadu yang bertujuan meningkatkan keupayaan PKS melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan.“Program ini merangkumi pelbagai aktiviti pembinaan kapasiti untuk membantu PKS meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan mereka,” menurut SME Corp dalam satu kenyataan. Melalui program itu juga, SME Corp berkata, sokongan perniagaan ditawarkan dalam bentuk geran bersamaan atau pinjaman mudah kepada PKS yang menerapkan elemen Industri 4.0, Automasi dan Pendigitalan terutama bagi PKS dalam sektor Logistik Bersepadu, Peruncitan, Pemborongan, Teknologi Hijau, Smart City, Gaharu dan Burung Walit.

 

Permohonan program Biz-Up dibuka sehingga 30 April 2020. Selain program Biz-Up, SME Corp juga melaksanakan program latihan intensif, Global SME Masterclass 2020 (GSM 2020) bagi memantapkan keupayaan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemilik perniagaan PKS.

Program itu memberi tumpuan untuk menerapkan elemen IR4.0 dan Pendigitalan PKS serta amalan perniagaan terkini termasuk melalui pendekatan semi consulting dan semi coaching. Program pengajianProgram jangka mengambil selama satu jangka pendek ini akan mengambil masa selama satu semester (tiga bulan) dan menyediakan modul latihan khas yang merangkumi kajian kes, tugasan dan perkongsian pengalaman. Tahun pengajian pendek masa semester ini, GSM 2020 membabitkan lapan universiti awam dan empat universiti swasta. Program kali ini menyasarkan penyertaan 240 hingga 300 CEO PKS dari seluruh Malaysia untuk dilatih. Untuk menyertai progam ini, syarikat perlu memenuhi dua syarat asas iaitu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berstatus PKS. Baru-baru ini, SME Corp juga memperkenalkan Sistem Pendaftaran Status PKS. Sistem pendaftaran ini digunakan untuk mengesahkan status PKS bagi semua syarikat atau perniagaan yang memenuhi definisi PKS. Status PKS diperlukan bagi syarikat atau perniagaan yang ingin mendapatkan bantuan dan insentif bersasar khas untuk PKS.Pendaftaran status PKS ini boleh dilakukan secara dalam talian di https://smereg.smecorp.gov.my/reg/

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI