Bahasa: Lain-lain

Sebahagian besar PKS bermasalah jika PKP dipanjangkan

Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Noor Azmi Mat . NSTP/Azhar Ramli
Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Noor Azmi Mat . NSTP/Azhar Ramli
 

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama usahawan mikro dijangka gulung tikar jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan untuk tempoh lebih lama.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia), Noor Azmi Mat Said, berkata situasi itu bakal dialami kebanyakan PKS khususnya mikro ekoran hanya memiliki aliran tunai untuk tempoh kurang dari tiga bulan, sekali gus menjurus kepada penutupan operasi jika PKP dilanjutkan.

 

“Berdasarkan kaji selidik kami, didapati 81 peratus responden memberi maklum balas yang mana mereka mempunyai aliran tunai hanya cukup untuk meneruskan operasi jika keadaan berlarutan kurang dari 3 bulan dan kurang dari satu peratus pula mampu bertahan lebih dari setahun.

“Ini menunjukkan bahawa, sekiranya PKP diteruskan, majoriti usahawan terutama usahawan mikro tidak akan dapat terus beroperasi dan ini akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata, usahawan diseru untuk memanfaatkan bantuan serta inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan untuk PKS termasuk program subsidi upah, geran khas PRIHATIN, bantuan kemudahan kewangan dan moratorium pinjaman bank bagi membantu meringankan beban usahawan.

Katanya, PKS juga perlu mengubah strategi perniagaan sepanjang tempoh PKP termasuk meningkatkan promosi dan kehadiran melalui penggunaan platform atas talian.

“PKS perlu berubah untuk memastikan kelangsungan perniagaan dalam tempph PKP. Mereka boleh beroperasi secara dalam talian dan menggunakan sistem sedia ada bagi urusan penghantaran produk dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, PKS turut digesa untuk menambah ilmu keusahawanan dengan menggunakan modul pembelajaran secara atas talian yang ditawarkan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

“Selain ilmu, mereka juga perlu bertindak dengan lebih sistematik untuk memastikan daya tahan operasi termasuk berbincang dengan pembekal bahan mentah dan pembekal logistik bagi memastikan kesinambungan pembekalan bahan mentah dan mengadakan perbincangan semula terma sewaan bersama pemilik premis,” katanya.

Berdasarkan angka SME Corp pada tahun 2016, terdapat sejumlah 907,065 perusahaan mikro, kecil dan sederhana di Malaysia dan ia dijangka melepasi angka sejuta pada masa ini.

Mengulas mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN (Tambahan), Noor Azmi berkata, program subsidi upah amat bertepatan dengan isu utama yang dihadapi PKS dalam tempoh masa ini.

“Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah dari RM600 hingga RM1,200 membabitkan pekerja melebihi 200 orang hinggalah yang kurang dari 75 orang,” katanya.

Selain itu, katanya, geran khas PRIHATIN sebanyak RM3,000 yang bakal diberikan juga diharapkan dapat membantu melancarkan aliran tunai syarikat mikro.

“Selain itu, PKS dapat berlapang dada apabila pengecualian bayaran sewa atau pemberian diskaun sewaan untuk peniaga runcit bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan akan dilaksanakan.

“Kerajaan juga turut menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan tiga bulan selepas PKP berakhir,” katanya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI