Bahasa: Lain-lain

USAHAWAN PERLU UBAH STRATEGI PERNIAGAAN

 

 

SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyarankan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengubah strategi perniagaan mereka dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, antara perkara yang boleh dilaksanakan oleh PKS ialah meningkatkan promosi dan kehadiran melalui penggunaan platform atas talian edagang. 

Menurutnya, PKS boleh mengunakan sistem sedia ada bagi urusan penghantaran produk atau perkidmatan seperti FoodPanda, Grab dan lain-lain.

“PKS juga perlu menambahkan ilmu keusahawanan dengan menggunakan modul pembelajaran secara online kerana kebanyakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengadakan kursus dan taklimat secara online seperti SME Corp, Institut Keusahawanan Negara (Isken),Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Institut Koperasi Malaysia,” katanya.

Noor Azmi berkata, PKS juga perlu membincangkan semula terma sewaan bersama pemilik premis untuk membantu aliran tunai mereka.

 

“Untuk memastikan mereka kekal dalam perniagaan, mereka perlu berbincang dengan pembekal bahan mentah dan logistik bagi memastikan kesinambungan pembekalan bahan mentah,” katanya.

Beliau berkata, PKS juga perlu menyokong PKP yang diumumkan kerajaan bagi membantu mengurangkan penularan Covid-19.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI