Bahasa: Lain-lain

Perjumpaan bersama ketua agensi MEDAC

KUCHING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan satu perjumpaan bersama semua Ketua-ketua Agensi MEDAC iaitu Bank Rakyat, TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank, SME Corp dan Perbadanan Nasional Berhad di Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga, Kuching Sarawak bagi merungkai isu dan permasalahan tempatan yang dialami oleh usahawan di Sarawak, semalam. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membantu menyelesaikan isu yang timbul seperti ketiadaan cawangan bank di kawasan pedalaman di Sarawak dan isu lain yang mengekang perjalanan perniagaan yang lancar.Ini adalah satu inisiatif kementerian ke arah menyediakan ekosistem yang lengkap di Sarawak bagi memperkasakan aktiviti keusahawanan

di negeri tersebut. Dengan mengatasi kekangan yang wujud di peringkat agensi dan usahawan, diharap agar perniagaan dapat berjalan lancar dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Sarawak.Sebagai sebuah Kementerian yang menerajui aktiviti keusahawanan negara, MEDAC mempunyai agensi yang memberikan program latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pementoran kepada usahawan.Semua inisiatif MEDAC melalui agensi akan digerakkan sewajarnya dengan menggunakan fungsi dan kekuatan masing-masing supaya para usahawan, khususnya usahawan di Sarawak dapat mendepani cabaran baharu dan terus maju ke hadapan.MEDAC juga amat prihatin terhadap impak penularan Covid-19 ke atas aktiviti perniagaan dan koperasi.Dalam usaha untuk membantu

meringankan beban dan membantu usahawan dan koperasi di Sarawak, MEDAC mengambil langkah proaktif dalam menyediakan bantuan sejumlah RM540,000 disediakan kerajaan bagi membantu usahawan di Sarawak seperti Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) sejumlah RM 200,000, bantuan Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM240,000 danSkim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) TEKUN Nasional sebanyak RM100,000 kepada usahawan di Sarawak. Bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan keusahawanan di Sarawak, TEKUN Nasional merancang membuka sembilan Pejabat TEKUN Cawangan Mini di lokasi strategik bagi manfaat usahawan mikro di kawasan luar bandar seperti Lundu, S e r i a n , D a r o , S e b u -

yau, Kanowit, Sibuti, Lachau, Betong dan Marudi. Sehingga 31 Disember 2019, terdapat 1,077 koperasi yang berdaftar dengan SKM di Sarawak. Kejayaan koperasi di Sarawak dapat dilihat melalui prestasi dengan jumlah perolehan sebanyak RM274.50 juta, dengan keanggotaan seramai 264,155 orang dan modal syer serta yuran sebanyak RM196.40 juta, aset bernilai RM617.04 juta.Dengan usaha dan bantuan daripada SKM diharap agar koperasi di Sarawak dapat terus diperkasakan agar gerakan koperasi dapat meningkatkan taraf sosioekonomi bumiputera serta kesejahteraan rakyat di bandar dan luar bandar.Dengan inisiatif ini diharapkan usahawan serta koperasi di Sarawak dapat meneruskan kelangsungan perniagaan dan operasi dalam menangani beban akibat impak pelaksanaan PKP.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI